Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad memohon penduduk Tanjung Piai untuk tidak mengundi calon yang salah hanya untuk menunjukkan perasaan marah kepada Kerajaan.
Perdana Menteri berkata jika mereka berbuat demikian, ia akan menjadi satu kerugian kerana calon yang dipilih tidak boleh memberi khidmat yang diperlukan untuk menjamin pembangunan di kawasan itu.
“Jangan undi sebab marah, kerana kalau pilih yang marah, pembangunan jauh sekali.
"Dan jangan silap pangkah dan memilih orang yang tidak boleh berkhidmat,” katanya ketika berucap di majlis Ceramah Mega anjuran Pakatan Harapan di Terminal Bas Kukup, di sini, malam ini.
Turut hadir ialah pimpinan kanan Pakatan Harapan seperti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution, serta calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini.
Dalam pada itu, Tun Mahathir berkata kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk membangunkan Tanjung Piai, antaranya menyediakan infrastruktur yang lebih baik, menara telekomunikasi baharu untuk liputan lebih menyeluruh, membaiki jalan raya serta pengawalan banjir.
Namun, ujarnya lagi, semua itu akan menjadi lebih mudah sekiranya pengundi Tanjung Piai memilih calon yang mempunyai hubungan yang terus dengan Pakatan Harapan iaitu Karmaine Sardini.
“Kita akan ada pelaburan di sini dan kita boleh menyediakan infrasruktur lebih baik daripada yang ada sekarang.
"Kalau kita punya keadaan telekomunikasi tak begitu baik, akan kita perbaiki. Jalan tak baik akan kita perbaiki, dengan membina jalan baru.
Kalau ada tempat selalu kena banjir, ktia akan ada usaha untuk kurangkan banjir yang berlaku. Semua ini kita akan buat dengan syarat, Tanjung Piai ini adalah tempat yang bergantung kepada kerajaan, dan tidak menolak calon kerajaan atau parti kerajaan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Nov 13 2019
DR MAHATHIR: Jangan undi sebab marah, kerana kalau pilih yang marah, pembangunan jauh sekali. - Astro AWANI/Shahir Omar
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.