Tutup

Jangan terikut-ikut propaganda pembangkang - Khalid Samad

Jangan terikut-ikut propaganda pembangkang - Khalid Samad
KHALID: Janganlah bila orang kita bergelut, kita pula pukul dari luar. - Foto Astro AWANI/Irwan Muhammad Zain
SHAH ALAM: Kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) bersikap terbuka menerima kritikan perwakilan terhadap beberapa inisiatif kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Pengarah Komunikasi parti itu, Khalid Abdul Samad.

Khalid turut mengingatkan perwakilan dan ahli Amanah agar tidak terikut-ikut propaganda dimainkan parti pembangkang sehingga memperlekehkan usaha pembaharuan cuba dibawa PH.
Sebaliknya beliau mengingatkan ahli Amanah agar memahami cabaran dihadapi menteri-menteri PH dalam melakukan pembaharuan di kementerian masing-masing berbanding menghentam pihak terlibat.

"Semalam, ada perwakilan sebut pasal cadang kerajaan gantikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo kerana tidak 'perform' tetapi ramai tidak tahu beliau menghadapi masalah dalaman kerana Jabatan Penerangan ini rupanya kubu kuat UMNO.
"Sama juga dengan isu projek kereta terbang dikatakan projek tidak berguna. Menteri berkenaan sudah betulkan istilah itu kepada 'super drone', yang masih cakap pasal kereta terbang adalah Barisan Nasional (BN) sahaja tetapi kita terikut-ikut.

BACA: Kami malu nak pertahankan kereta terbang - Perwakilan Amanah

"Janganlah bila orang kita bergelut, kita pula pukul dari luar. Kita kena ubah minda pembangkang. Jangan terikut-ikut perkara BN bawa kerana hakikatnya inisiatif memperkasakan dron teknologi penting untuk kita mendepani cabaran masa hadapan," katanya sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2019 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, pada Ahad.

Pada Sabtu, beberapa perwakilan antaranya wakil Pahang Mohd Fadzil Mohd Ramly menempelak program kereta terbang dibawa Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof.

Mohd Fadzil menyifatkan projek kereta terbang itu sebagai projek paling tidak guna dan pemimpin bawah malu untuk mempertahankannya.


Tag: propaganda pembangkang, Khalid Samad, Parti Amanah Negara, Pakatan Harapan, Gobind Singh Deo, UMNO, projek kereta terbang, super drone, Barisan Nasional, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.