awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janji Mahathir mengenai kebebasan bersuara sukar dipercayai - Salleh

Bernama
Bernama
30/12/2017
20:00 MYT
Janji Mahathir mengenai kebebasan bersuara sukar dipercayai - Salleh
Salleh Said Keruak anggap janji terbaharu Tun M sebagai sukar dipercayai. - Astro AWANI/fail
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggambarkan janji terbaharu dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula kebebasan bersuara sekiranya pembangkang membentuk kerajaan akan datang, sebagai 'sukar dipercayai'.
"Bagaimana Mahathir boleh berfikir bahawa beliau boleh melepaskan diri dengan kenyataan sedemikian apabila lebih banyak kebebasan bersuara sekarang ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding pada tahun 1980-an ketika Mahathir menjadi perdana menteri?" katanya dalam catatan di laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my.
Beliau berkata Dr Mahathir telah menggelar Najib dengan pelbagai nama yang bersifat jahat, malah Dr Mahathir boleh menghadapi pendakwaan di bawah Akta Hasutan.
"Tetapi Najib tidak mengambil tindakan. Najib membenarkan Mahathir terus memfitnahnya, dan setiap hari Mahathir terus menghina Najib...Mahathir tidak akan bertolak ansur 10 peratus daripada apa yang dilakukannya terhadap Najib.
"Tiada bukti yang lebih besar daripada ini bahawa Najib adalah penyebar kebebasan bersuara. Jika tidak, Mahathir tidak dapat berbuat apa yang beliau lakukan dan mengatakan semua perkara yang beliau nyatakan hari ini," kata Salleh.
Dilaporkan Dr Mahathir membuat janji itu semasa mesyuarat agung tahunan pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang mana beliau adalah Pengerusinya, di Shah Alam, Selangor hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#pembangkang
#Perdana Menteri
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan