awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan Presiden, Pengerusi Bersatu maksimum tiga penggal

Tan Su Lin
Tan Su Lin
21/08/2016
12:05 MYT
Jawatan Presiden, Pengerusi Bersatu maksimum tiga penggal
Presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh sama turut ditetapkan ke atas pengerusi parti seperti mana termaktub dalam perlembagaan parti itu. - Gambar fail
Tempoh perkhidmatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dihadkan kepada maksimum tiga penggal.
Presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh sama turut ditetapkan ke atas pengerusi parti seperti mana termaktub dalam perlembagaan parti itu.
"Ini merupakan satu pembaharuan bagi menentukan supaya proses kepimpinan dalam parti sentiasa segar.
"Justeru, sesiapa pemimpin di atas tidak boleh menongkak langit buat selama-lamanya," katanya pada sidang media Jawatankuasa Penaja Parti Bersatu di sini, hari ini.
Sementara itu, had umur bagi pemuda Parti Bersatu adalah 35 tahun, sebagai langkah peremajaan parti selain membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Penaja yang turut hadir pada sidang media berkenaan melahirkan kesediaan parti memenuhi apa sahaja syarat ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi memastikan pendaftaran parti baharu itu diluluskan.
"Kita bersedia untuk mengikut apa sahaja kehendak RoS sekiranya kita melakukan sesesuatu yang bercanggah dengan undang-undang atau peraturan. Kita bersedia dengar daripada RoS apakah sebab kami belum didaftar sebagai sebuah parti politik."
"Sebabnya, kami tidak ingin menimbulkan masalah dalam perkara ini kerana ingkar atau sebagainya. Namun sekiranya dibubarkan parti, itu kami tidak boleh terima," katanya.
Sejak permohonan untuk pendaftaran parti dibuat pada 9 Ogos lalu, kata Dr Mahathir, pihaknya telah menerima ribuan permohonan daripada orang awam yang berminat menyertai parti berkenaan.
Namun mereka tidak dapat mendaftarkan ahli-ahli berkenaan berikutan parti itu masih menunggu kelulusan daripada RoS.
Justeru, pendaftaran ahli baharu hanya akan dibuka sebaik sahaja parti itu diluluskan.
Keahlian parti terbahagi kepada ahli biasa bagi golongan bumiputera, manakala golongan bukan bumiputera boleh menjadi ahli bersekutu.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Muhyiddin Yassin
#Parti Pribumi Bersatu
#tiga penggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan