Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

'Jika semua orang pilih Muhyiddin, saya ok' - Tun Mahathir

'Jika semua orang pilih Muhyiddin, saya ok' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya namanya tidak dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bahawa kemungkinan Bersatu telah mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baharu.

Menurut Perdana Menteri Interim itu, beliau tiada masalah jika Presiden Bersatu itu dipilih menjadi Perdana Menteri baharu sekiranya Muhyiddin mendapat sokongan majoriti.

“Kemungkinan perkara itu akan dibincangkan termasuk kemungkinan Muhyiddin menjadi calon (Perdana Menteri).

“Sekiranya semua orang memilih beliau, saya okey (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri, dan jika beliau menang dan dibawa ke Parlimen kemudian diberikan sokongan majoriti, beliau mempunyai hak untuk menjadi Perdana Menteri.
BACA: Tiada majoriti bentuk kerajaan, serah pada Dewan Rakyat - Tun M

“Agong akan melantik beliau dan beliau boleh mengangkat sumpah dan membentuk Kabinet,” demikian katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya namanya tidak dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut.

"Jadi sesiapa sahaja yang menang saya akan terima," katanya.



Tag: Muhyiddin Yassin, Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, Malaysia 2020



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.