Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan kepada pengerusinya yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, sama ada untuk menerima atau menolak, jika ditawarkan jawatan dalam kabinet Persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat di antara kepimpinan tertinggi gabungan berkenaan dan semua Ahli Parlimen mereka di Kuala Lumpur pada Ahad.
"Mandat penuh telah diberikan kepada Ketua Menteri Sarawak selaku Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, untuk memutuskan sama ada kita akan bersama dalam Kerajaan Persekutuan dengan menerima jawatan kabinet atau tidak," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya GPS setakat ini belum mengadakan apa-apa perbincangan mengenai jawatan kabinet dengan Muhyiddin kerana fokus gabungan itu hanyalah kepada kestabilan politik negara dan kepentingan negeri.
"Buat masa sekarang GPS hanya melihat kepada kepentingan negara, untuk memastikan politik negara kembali stabil dan kepentingan Sarawak diutamakan," katanya, sambil menambah dalam memberi sokongan kepada Muhyiddin, GPS telah meletakkan syarat tiada kompromi dalam kedua-dua perkara itu.
Fadillah berkata GPS turut membuat ketetapan untuk tidak akan bergabung di dalam Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional, tetapi akan terus bergerak sebagai sebuah entiti politik tempatan Sarawak yang tidak terikat dengan mana-mana gabungan lain.
Katanya GPS membuat keputusannya sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mahu semua parti politik memberikan pandangan dan menyatakan pendirian dalam menyelesaikan krisis politik negara.
"Dengan pelantikan Perdana Menteri kelapan (semalam), kerajaan kini boleh menumpukan perhatian kepada usaha untuk memulihkan ekonomi dan kewangan negara, menangani masalah bebanan hidup rakyat serta menarik kembali keyakinan pelabur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 02 2020
FADILLAH: Perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat di antara kepimpinan tertinggi gabungan berkenaan dan semua Ahli Parlimen mereka di Kuala Lumpur pada Ahad. - Gambar fail
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
PRN Sarawak: Abang Jo seru masyarakat Cina sokong SUPP
Abang Johari meminta masyarakat Cina yang kebanyakannya menyokong pembangkang dalam PRN-11 harus berfikir sebaik-baiknya sebelum membuat undian dalam PRN12.
PRN Sarawak: Tujuh ADUN SUPP akan pertahankan kerusi - Ting
Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan mempertahankan kerusi masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
PRN Sarawak: GPS kenal pasti calon, bakal umum tidak lama lagi - Abang Jo
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) telah dikenalpasti
PM mulakan lawatan kerja sehari ke Kuching
PM antara lain dijadual menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) disusuli lawatan ke tapak pembinaan Hospital Petra Jaya dan Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia.
Agong penentu bila PRN Sarawak - Annuar Musa
Keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bajet Sarawak 2022: Penjawat awam negeri itu terima bantuan satu setengah bulan gaji - Abang Jo
Bajet Sarawak 2022 hari ini diluluskan dan antara lain memperuntukkan bantuan khas sebanyak sebulan setengah gaji kepada seluruh penjawat awam Sarawak.
Sistem ART kedua di Sarawak akan dibangunkan di Bintulu - Abang Johari
Sarawak akan melaksanakan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) keduanya di Bintulu selepas Kuching, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Kerajaan Sarawak sedang urus penghantaran bekalan oksigen ke Kalimantan Barat
Pejabat Ketua Menteri telah menerima surat permohonan bantuan logistik daripada Gabenor Kalimantan Barat, Sutarmidji pada Rabu berkenaan perkara itu.
Pemimpin GPS selesai menghadap Agong
GPS diwakili Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing, Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King SiNG
MKMA63 kembalikan kuasa pentadbiran Sipadan, Ligitan kepada Sabah, kawalan agihan gas kepada Sarawak
Sabah kini mempunyai hak mutlak terhadap pentadbiran Sipadan dan Pulau Ligitan, manakala Sarawak akan diberikan kawalan penuh terhadap pengurusan sumber gas negeri itu.