awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek eskalator Batu Caves diteruskan, tertakluk penyelesaian teknikal - Gobind
Jenazah Nadia Kesuma dikebumi pagi esok di Jeddah
Siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake Refresh dijangka tiba Mac atau April ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau pemimpin korup menang PRU, kami akan bertindak selepas itu' - SPRM

Suhaimi Sulaiman
Suhaimi Sulaiman
04/05/2017
06:53 MYT
'Kalau pemimpin korup menang PRU, kami akan bertindak selepas itu' - SPRM
DZULKIFLI: -Saya tidak ada apa-apa agenda peribadi dan saya mahu SPRM dihormati dan disegani. - Gambar Fail
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa pemimpin yang korup akan diheret ke muka pengadilan walau pun menang Pilihan Raya Umum ke-14.
Justeru itu, para pengundi dinasihat supaya bijak menilai dan memilih pemimpin yang benar-benar bersih serta bebas daripada sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa.
“Saya tidak ada apa-apa agenda peribadi dan saya mahu SPRM dihormati dan disegani.
“Saya tidak mendapat apa-apa arahan daripada mana-mana pemimpin atau ahli politik,” kata Dzulkifli ketika pertemuan bersama-sama ketua-ketua pengarang organisasi media tempatan dalam Kaukus Khas Media Anti Rasuah, di sini hari ini.
Tambahnya, beliau tidak teragak-agak untuk bertindak selepas pilihan raya kerana SPRM perlu kekal sebagai sebuah agensi yang melindungi kepentingan rakyat.
“Bila Parlimen dibubarkan nanti, saya akan mengeluarkan kenyataan yang keras.
“Ini kerana ahli politik perlu terus bersih dan ada yang dapat kuasa kemudian jadi korup,” tegas Dzukifli.
Pada masa sama, beliau menegaskan SPRM telah memulakan siasatan kes melibatkan ahli-ahli politik termasuk kes berprofil tinggi.
Namun tegasnya, SPRM tidak akan bertindak sehingga selesainya proses demokrasi PRU14.
“Siasatan telah pun dimulakan, tetapi kami tidak mahu diheret dalam kancah politik kerana setiap kes pasti akan jadi modal pilihan raya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dzulkifli Ahmad
#Malaysia
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan