awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan jurulatih bola sepak disyaki liwat, cabul remaja lelaki 15 tahun di Kota Tinggi
68,000 pelajar di Pahang terima bantuan kit pembelajaran Tunas Makmur serentak
Siasatan kes bekas menteri disyaki terima RM5 juta, Lamborghini masih berjalan - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami sepakat kekalkan Mat Sabu, kata Khalid dan Mahfuz

Irwan Muhammad Zain, Hasimi Muhamad
Irwan Muhammad Zain, Hasimi Muhamad
07/12/2019
10:21 MYT
Kami sepakat kekalkan Mat Sabu, kata Khalid dan Mahfuz
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu (kanan) merasmikan akhbar Mingguan Amanah pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
Pengalaman yang dimiliki dan pengorbanan yang dibuat oleh Mohamad Sabu membuatkan semua Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (Amanah) sebulat suara memutuskan mengekalkan Menteri Pertahanan itu sebagai presiden parti.
Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad juga telah membuktikan beliau mampu memimpin parti tersebut.
“Kami yang mengekalkan beliau, kami sebulat suara bersetuju mengekalkan beliau sebagai presiden kerana dia orang yang berpengalaman yang telah banyak memberikan pengorbanan dan berjaya memimpin parti Amanah,” katanya pada sidang media selepas selesai hari kedua Konvensyen Nasional Amanah 2019 .
Mohamad yang memperolehi 681 undi ketika pemilihan dilakukan pada Jumaat malam berada di tangga ketujuh.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad pula menegaskan jumlah undi yang diperolehi oleh Mohamad membuktikan Ahli Parlimen Kota Raja itu juga popular.
Beliau juga menjelaskan pengundian yang diadakan bukanlah untuk memilih presiden sebaliknya memilih jawatankuasa pusat.
“Kalau ada pemilihan presiden mungkin keputusannya akan berbeza sama sekali.
“Apa yang perlu difahamkan ialah sistem yang kami gunakan ialah memilih jawatankuasa pusat dan jawatankuasa pusat akan menentukan siapa presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden,” katanya.
Khalid dan Mahfuz masing-masing memperolehi undian tertinggi dengan 786 dan 780 undi.
Ini merupakan kali pertama Amanah membuat pemilihan parti selepas empat tahun ditubuhkan.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Khalid Abdul Samad
#Konvensyen Nasional Amanah 2019
#Mahfuz Omar
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Sabu
#presiden parti
#Pusat Parti Amanah Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan