awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong tentukan kedudukan kerajaan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
24/02/2020
07:57 MYT
Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong tentukan kedudukan kerajaan
Kata Shamrahayu, ahli Parlimen tersebut perlu dipanggil secara berasingan bagi memastikan ketelusan undian jawatan Perdana Menteri.-Astro AWANI
Yang di-Pertuan Agong berhak memanggil kesemua Ahli Parlimen yang menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menghadap baginda di Istana Negara bagi mengenal pasti individu yang layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Pakar Perlembagaan, Prof. Madya Dr Shamrahayu A Aziz bagaimanapun berkata, Ahli Parlimen tersebut perlu dipanggil secara berasingan bagi memastikan ketelusan undian jawatan tersebut.
"Secara umumnya peruntukan Perlembagaan tidak menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima ataupun berhak untuk tidak memperkenan perletakan jawatan ini, namun jika situasinya Yang di-Pertuan Agong berkenan atas peletakan jawatan itu, Kabinet juga akan terbubar.
"Jadi adalah lebih baik (berdasarkan) kebijaksanaan baginda untuk memanggil secara berasingan kesemua mereka yang membuat SD atau secara ringkas memanggil ketua parti. Tetapi dalam keadaan sekarang ini, adalah lebih baik untuk istana berjumpa semua Ahli Parlimen.
"Itu menunjukkan kebijaksanaan istana kerana pada saya istana tidak boleh tersilap langkah dalam konteks ini kerana istana akan dilihat menyebelahi mana-mana pihak meskipun pelantikan itu adalah atas budi bicara baginda," katanya yang menjadi tamu undangan dalan program Buletin Khas AWANI di sini pada Isnin.
Topic Berkaitan
#kabinet
#kerajaan
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan