awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecelaruan pembangkang terjadi selepas Tun Mahathir tubuh Pakatan Harapan - Mohd Amar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
04/01/2018
06:43 MYT
Kecelaruan pembangkang terjadi selepas Tun Mahathir tubuh Pakatan Harapan - Mohd Amar
MOHD AMAR: Dia tidak membantu, Semuanya jadi kelam-kabut. - Gambar fail
Pas menyifatkan kecelaruan dalam kalangan pembangkang mulai timbul selepas bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Pakatan Harapan.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut berpandangan Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai pengacau dan mewujudkan suasana kucar-kacir dalam blok pembangkang.
Tindakan Dr Mahathir dilihat semakin melalut dengan niat tersembunyinya untuk merosakkan pembangkang.
“Dr Mahathir ini nampak semakin lama semakin melalut dalam (memberi) pandangan dan pendirian. Pada pandangan saya, kemunculannya untuk membuatkan pembangkang kucar-kacir.
“Dia tak membantu, bahkan banyak masalah yang berlaku hari ini selepas munculnya Dr Mahathir dalam PPBM. Semua kelam kabut. Dr Mahathir ini niat tersembunyi dia ialah merosakkan pembangkang,” ujar Mohd Amar.
Beliau yang ditemui pemberita selepas mesyuarat bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob siang tadi menjelaskan Mahathir juga mengambil peranan mufti dengan mengkafirkan orang lain.
Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PPBM itu yang melabelkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan UMNO.
Bekas perdana menteri itu mendakwa, Abdul Hadi hanya menggunakan Islam kerana pernah mendakwa kerajaan sebagai kafir dan wajar ditentang.
Mohd Amar turut mengulangi dakwaan bahawa Mahathir merupakan seorang yang anti-Pas dan Islam bahkan menafikan hak pembangunan untuk rakyat Kelantan selama beliau menjadi perdana menteri.
Katanya, pendirian Pas jelas iaitu musuh politik utama ialah UMNO dan tidak pernah menyokong UMNO.
Namun dengan kewujudan Pakatan Harapan sudah pasti menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang boleh memberi kelebihan kepada UMNO.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Pakatan Harapan
#PAS
#pembangkang
#politik
#PPBM
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan