awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecewa hala tuju PPBM, salah seorang pengasas umum keluar parti

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
19/04/2017
05:00 MYT
Kecewa hala tuju PPBM, salah seorang pengasas umum keluar parti
Kamarulazman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya. - Gambar fail
Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kamarulazman Habibur Rahman hari ini mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan halatuju parti itu.
Kamarulazman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya.
"Hari ini saya ingin umumkan peletakan jawatan saya sebagai ketua penaja bahagian PPBM Teluk Kemang.
"Saya juga menolak tawaran sebagai Pengerusi Perhubungan PPBM Negeri Sembilan dan saya letak jawatan saya sebagai Setiausaha Kerja PPBM pusat.
"Saya juga letak jawatan sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM. Dan akhir sekali, saya undur diri dari jadi ahli PPBM," katanya pada sidang media hari ini.
Kamarulazman juga mendakwa seramai 821 ahli PPBM seluruh negara akan mengikut jejak langkahnya.
Menurut Kamarulazman, hala tuju PPBM sudah mula terpesong dan parti itu mempunyai lebih banyak masalah dalaman. - Gambar fail
Menurut Kamarulazman, hala tuju PPBM sudah mula terpesong dan parti itu mempunyai lebih banyak masalah dalaman. - Gambar fail
Masalah dalaman
Mengulas lanjut, Kamarulazman menjelaskan hala tuju PPBM sudah mula terpesong dan parti itu mempunyai banyak masalah dalaman akibat penyertaan beberapa individu yang hanya mengejar jawatan dalam parti.
"Nak kata saya kecewa sebab tak dapat jawatan, saya ada banyak jawatan.
“Tetapi saya hanya kecewa apa yang kita perjuang dan asaskan dari awal telah dirosakkan oleh beberapa individu dalam parti yang hanya mahu jaga kedudukan dalam parti dan bukan nak menang pilihan raya.
"Ketika diasaskan, ia bukan begitu. Sebab perjuangan dari awal adalah untuk tentukan Malaysia dalam landasan yang membawa ke arah kecemerlangan," katanya.
Bekas Ketua Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) itu mendakwa PPBM kini mengutamakan kenalan yang merupakan kenalan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung parti.
Malah, katanya, individu yang selama ini menjadi penggerak awal dalam parti dan berhabis tenaga serta wang ringgit diketepikan.
"Sedikit demi sedikit, elemen negatif mula menyerap masuk dalam PPBM. Ramai ahli mempersoalkan orang yang buat onar dalam UMNO lompat masuk PPBM.
"Saya dapati sifat buruk mula dibenarkan masuk melalui pintu utama PPBM.
"Saya mula sedar dalam PPBM seperti ada perbezaan darjat dan kasta. Seseorang ahli akan tinggi darjatnya sekiranya dia merupakan kenalan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.
"Saya sangat kecewa, golongan yang benar buat kerja dilayan seperti kelas kedua. Belumpun kita bergerak jauh, kita telah mengamalkan sikap pilih kasih dan kronisme yang mendalam," katanya lagi.
Siri jelajah
Sehubungan itu, Kamarulazman berkata beliau kini akan kembali fokus menghidupkan kembali GKCM dan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan tentang isu semasa.
"Paling penting nak nyatakan di sini ialah kami akan mula hidupkan GKCM semula dan melipat gandakan pengaruh GKCM," ujarnya.
Sebelum PPBM ditubuhkan, Kamarulazman mendakwa GKCM yang disertai anggota akar umbi UMNO banyak terlibat menyemak dan menilai secara lantang pendekatan dan masalah kepimpinan parti itu.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang sebagai parti bebas, Kamarulazman hanya berkata: "Tidak buat masa sekarang."
Ditanya sama ada pengikutnya akan turut serta keluar parti, bekas ketua UMNO cawangan Teluk Kemang itu memberitahu, satu sidang media lain akan dilakukan bagi mengumumkan anggota PPBM di Negeri Sembilan keluar parti.
"Kita akan buat sidang media lain. Di Teluk Kemang ada beberapa ratus yang akan ikut nak keluar parti.
"Setakat malam tadi, 821 orang merancang akan keluar parti. Ia dari seluruh negara tetapi kebanyakannya dari Negeri Sembilan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Kamarulazman Habibur Rahman
#parti
#politik
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan