awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di Nilai: Marah, dendam bekas kekasih dipercayai punca suspek hasilkan IED
[TERKINI] Kejadian letupan gegarkan ibu kota Venezuela, Caracas - Laporan
Kelewatan PAT 2026: Doktor dibenar terus mengamal - MPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluar UMNO: 'Itu janji saya kepada pengundi' - Anifah Aman

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2018
07:50 MYT
Keluar UMNO: 'Itu janji saya kepada pengundi' - Anifah Aman
Anifah turut menzahirkan janjinya untuk terus komited dalam meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat negeri Sabah. - Astro AWANI/Fail
Rakyat Sabah harus mendapat layanan sama rata dan setiap hak mereka dilaksanakan sepenuhnya, tanpa sebarang dalih dan alasan, jauh sekali dipertikaikan oleh mana-mana pihak sekali pun sama ada di dalam mahupun di luar parti.
Ini antara penjelasan Datuk Seri Anifah Aman berhubung peletakan jawatan beliau selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua Bahagian UMNO Kimanis dan ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.
"Saya mengambil keputusan ini kerana saya pernah berjanji kepada para pengundi saya di Parlimen Kimanis dan rakyat Sabah secara keseluruhannya sebelum ini bahawa saya akan meletakkan jawatan di dalam parti sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal menunaikan janji dalam perkara-perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963," kata Anifah, dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Menurutnya, memang benar tanpa UMNO dan BN di tampuk kekuasaan, perjuangan peribadinya tidak akan membuahkan hasil.
"Namun, saya turut berpegang erat janji saya sebelum ini, iaitu saya akan meletakkan jawatan sekiranya perjuangan saya untuk rakyat (Sabah) di bawah payung parti ini tidak dapat diteruskan," katanya.
Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar itu turut menzahirkan janjinya untuk terus komited dalam meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat negeri Sabah.
"Saya tetap akan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dalam mengetengahkan kepentingan dan harapan pengundi di kawasan Parlimen Kimanis," tambahnya.
Beliau turut berharap agar pihak kerajaan Pakatan Harapan terus komited dalam melunaskan janji-janji mereka, terutamanya mengembalikan hak Sabah dan Sarawak sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#Barisan Nasional
#kerajaan
#Kimanis
#Pakatan Harapan
#peletakan jawatan
#Perjanjian Malaysia 1963
#Sabah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan