Bagi calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram, kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah lebih daripada kemenangan politik.
Kata pakar bius itu, memandangkan hari ini (Sabtu) merupakan ulang tahun perkahwinannya, kemenangan PRK akan memberi makna yang lebih buat beliau dan keluarga.
Tambah Streram lagi, beliau berharap berupaya menghadiahkan kemenangannya kepada isterinya, Dr P Pushpagandy dan tiga anaknya.
“Hari ini hari ulang tahun perkahwinan saya dan saya membuang undi di Sekolah Tamil Rantau. Saya berasa sangat gembira dan berharap Tuhan akan bersama-sama kita untuk memenangi DUN Rantau untuk Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Rantau untuk membuang undi pada jam 8:25 pagi pada Sabtu.
Bercakap mengenai keputusan pada malam ini, Streram berkata beliau bersedia menerima apa juga bentuk keputusan dan sekiranya diberi mandat, banyak perkara yang ingin dilakukannya di Rantau termasuk memberi penekanan ke atas isu perumahan dan kesihatan untuk warga Rantau.
PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Streram, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas, suri rumah R Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.
Ia adalah PRK ke tujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober) Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac).
Sahlizah Mohamed
Sat Apr 13 2019
Dr S Streram hadir membuang undi di SJKT Rantau pada jam 8:25 pagi
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Kerajaan akan pastikan kebajikan warga ATM terpelihara - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengesahkan bahawa ATM telah menghantar pasukan pertama ke Turkiye bagi membantu usaha pencarian di sana.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Untuk menang PRU, BN tidak boleh ada ruang untuk 'opportunist', pedagang politik - Tok Mat
BN harus lebih berani membuka ruang, menyokong dan mengangkat kepercayaan kepada calon yang berilmu, berakhlak, berprinsip.
Pelaksanaan PRU15 dapat kurangkan 'iklim politik' berpanjangan - Mohamad Hasan
Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dalam tempoh enam bulan akan datang adalah masa terbaik adakan PRU15.
"Ini adalah berita palsu" - Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Beliau dalam perkongsian di laman Twitter dan Instagram menafikan dakwaan berkenaan yang mengatakan beliau adalah calon PM bagi PRU ke 15.
Pelantikan Kabinet tidak adil - Mohamad Hasan
Itu yang diluahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkenaan pelantikan Jemaah Kabinet baharu.
Saya sebagai 'midfielder' UMNO - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dirinya sebagai pemain tengah atau midfield buat parti keramat orang melayu itu.
Tok Mat kekalkan kerusi DUN Rantau
Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan majoriti 4,510 undi.
PRK Rantau: BN dahului undi pos, undi awal - Tidak rasmi
Calon BN mendahului calon PH melalui undi pos dan undi awal PRK Rantau berdasarkan kiraan tidak rasmi.
Kemenangan PRK hadiah ulang tahun perkahwinan - Streram
Bagi calon Pakatan Harapan Dr S Streram, kemenangan dalam PRK DUN Rantau adalah lebih daripada kemenangan politik.