awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan MB Perak mengenai DAP pandangan peribadi - Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
08/11/2019
10:12 MYT
Kenyataan MB Perak mengenai DAP pandangan peribadi - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Saya tak mengikuti sepenuhnya (ucapan Ahmad Faizal), tetapi saya fikir itu mungkin soal pengalaman peribadi. - Gambar fail/BERNAMA
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganggap kenyataan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tentang DAP adalah pendirian peribadi.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan Ahmad Faizal bahawa DAP tetap merupakan komponen Pakatan Harapan, dan merupakan rakan penting dalam Kerajaan Negeri Perak.
“Saya tak mengikuti sepenuhnya (ucapan Ahmad Faizal), tetapi saya fikir itu mungkin soal pengalaman peribadi.
"Pasal apa pun dia seorang Menteri Besar, dan DAP merupakan rakan penting Kerajaan Negeri Perak. Apa pun saya rasa (pandangan) itu semua private, pengalaman peribadi beliau,” katanya kepada sidang media.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Dalam Negeri bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Pekan Nanas, di sini hari ini.
Dalam sebuah rakaman video yang tular baru-baru ini, Ahmad Faizal dilihat memberitahu penduduk mengenai kepayahannya menjaga kepentingan Melayu dan Islam kerana tidak sealiran dengan kehendak sekutunya dari DAP.
Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak, dalam rakaman berdurasi sekitar tiga minit itu dilihat bersama calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, Karmaine Sardini sedang duduk bersantai dengan penduduk di kawasan Tanjung Piai, sambil menceritakan situasi yang sedang berlaku di negeri pimpinannya itu.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Bersatu
#DAP
#Islam
#kenyataan MB Perak mengenai DAP
#MB Perak
#Melayu
#Menteri Besar Perak
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PRK Tanjung Piai
#Tanjung Piai Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan