awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan negatif bekas pemimpin jadi cabaran pastikan kemenangan BN - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
03/09/2016
23:30 MYT
Kenyataan negatif bekas pemimpin jadi cabaran pastikan kemenangan BN - Ismail Sabri
Pembangkang sengaja memperbesar isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi memecah belah anggota UMNO dan rakyat. - Foto Bernama
Kenyataan negatif oleh bekas pemimpin UMNO perlu dilihat sebagai cabaran bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenyataan itu juga boleh dijadikan dorongan untuk anggota UMNO dan BN bekerja lebih gigih.
"Kalau kata empat peratus lari kepada mereka (pembangkang), kita mesti pastikan bukan sahaja undi yang ada dikekalkan tetapi (pengundi) atas pagar dan dalam kalangan mereka juga datang kepada kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Merbok di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata diminta mengulas kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa BN akan kalah 45 kerusi sekiranya empat peratus pengundi beralih kepada pembangkang.
Ismail Sabri berkata UMNO tidak akan berdiam diri sebaliknya bekerja keras menarik pengundi termasuk daripada kalangan pembangkang untuk menyokong kerajaan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata anggota UMNO perlu beralih daripada membincangkan isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dan memberi tumpuan kepada usaha menambah sokongan rakyat.
Beliau berkata pembangkang sengaja memperbesar isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi memecah belah anggota UMNO dan rakyat.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Barisan Nasional
#ismail sabri yaakob
#Muhyiddin Yassin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan