awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan penuh Majlis Presiden PH berhubung kekalutan politik

Kenyataan Media
Kenyataan Media
26/02/2020
10:13 MYT
Kenyataan penuh Majlis Presiden PH berhubung kekalutan politik
Pakatan Harapan daripada KEADILAN, DAP dan Amanah telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri bagi kerajaan Pakatan Harapan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SUSULAN pertemuan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengadakan satu sidang media khas di Ibu Pejabat PKR.
Berikut kenyataan penuh Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung kekalutan politik yang dikeluarkan pada Rabu:
Hari ini Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan daripada KEADILAN, DAP dan Amanah telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri bagi kerajaan Pakatan Harapan.
Sejak cubaan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan hujung minggu lalu, kami terus berusaha untuk mempertahankan mandat rakyat Malaysia pada 9 Mei 2018.
Kerajaan tersebut terbentuk sebagai sebuah gabungan yang diikat dengan Muafakat Pakatan Harapan yang telah dicapai pada 7 Januari 2018; diikuti pelancaran Buku Harapan (Manifesto) Pakatan Harapan pada 8 Mac 2018. Di atas asas ini lah Pakatan Harapan dibentuk, diberi mandat oleh rakyat dan menjalankan amanah sebagai kerajaan.
Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan secara pintu belakang.
Ekoran cubaan menubuhkan kerajaan secara pintu belakang Tun Dr Mahathir telah meletak jawatan sebagai PM. Keputusan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan pada Isnin lalu disusuli peletakan jawatan Tun sebagai Pengerusi BERSATU.
Sehubungan itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menjemput Tun Dr Mahathir untuk mempengerusikan mesyuarat itu bagi memulihkan kerajaan Pakatan Harapan, namun Tun tidak bersetuju untuk hadir dalam mesyuarat tersebut pada hari petang Selasa, 25 Februari.
Justeru itu, keputusan Majlis Presiden semalam telah menetapkan bahawa calon Perdana Menteri Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pakatan Harapan kekal komited terhadap aspirasi dan amanat rakyat untuk membawa negara ke arah yang lebih baik dari segenap sudut ekonomi, politik dan sosial. Kami tidak akan mengkhianati amanah ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Kenyataan Media
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Malaysia 2020
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#Perdana Menteri
#PKR
#politik
#rakyat Malaysia
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan