Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan mesyuarat esok (Jumaat) bagi memuktamadkan keputusan parti itu tentang kemelut memiih calon perdana menteri Pakatan Harapan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan menerusi mesyuarat bulanan itu, pendirian rasmi parti itu berhubung calon perdana menteri PH akan dimuktamadkan.
Dalam satu kenyataan, Saifuddin menjelaskan secara terperinci kronologi siri pertemuan pemimpin PH bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Pada 1 Jun, Mohamad Sabu, Anthony Loke dan saya telah menjadi wakil Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam pertemuan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dalam pertemuan itu, Tun Dr Mahathir tidak menolak cadangan DS Anwar sebagai calon Perdana Menteri, dan memaklumkan bahawa beliau perlu berbincang dengan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang bersama beliau serta DS Shafie Apdal.
"Tiada opsyen lain yang dibentang atau dibincangkan pada waktu itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Berikut adalah kenyataan penuh Saifuddin Nasution.
PENJELASAN BERKENAAN ISU PERBINCANGAN MENGEMBALIKAN MANDAT RAKYAT
Saya terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan berkenaan usaha Pakatan Harapan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, beberapa rakan Pakatan Harapan telah mengemukakan beberapa persoalan serta memberi sedikit penerangan tentang perbincangan Pakatan Harapan dan gabungan yang disebut Pakatan Harapan Plus.
Pada masa yang sama KEADILAN sentiasa menghormati dan menghargai sokongan dan dokongan parti dan individu dari DAP dan AMANAH sepanjang dua dekad perjuangan.
Bagi maksud menjelaskan garis masa dan konteks perbincangan, di sini saya ingin memberi penjelasan seperti berikut.
30 Mei
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah membuat keputusan untuk membentangkan cadangan Pakatan Harapan mencalonkan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-9 kepada YB Tun Dr Mahathir Mohamad.
1 Jun
Yang Berhormat Haji Mohamad Sabu, YB Anthony Loke dan saya telah menjadi wakil Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam pertemuan bersama Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam pertemuan itu, Tun Dr Mahathir tidak menolak cadangan DS Anwar sebagai calon Perdana Menteri, dan memaklumkan bahawa beliau perlu berbincang dengan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang bersama beliau serta YB DS Shafie Apdal. Tiada opsyen lain yang dibentang atau dibincangkan pada waktu itu.
3 Jun
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa DS Anwar perlu bertemu dengan DS Shafie untuk berbincang dan memaklumkan keputusan Pakatan Harapan mencalonkan DS Anwar sebagai Perdana Menteri dan satu mesyuarat pimpinan utama Pakatan Harapan Plus perlu diadakan.
4 Jun
DS Anwar telah mengadakan pertemuan dengan DS Shafie dan memaklumkan keputusan Pakatan Harapan.
9 Jun
Mesyuarat Pakatan Harapan Plus telah diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN. Pada mesyuarat ini, semua wakil parti komponen Pakatan Harapan telah mengangkat hujah DS Anwar sebagai calon Perdana Menteri, manakala Tun Dr Mahathir telah memohon agar diberi masa 6 bulan sebagai Perdana Menteri. Beliau juga berkata DS Anwar tidak boleh diterima sebagai PM kerana beliau memimpin parti berbilang kaum; DS Anwar menjawab dalam senario ini bila berlaku peralihan, selepas tempoh 6 bulan itu DS Anwar masih Presiden sebuah parti berbilang kaum. Mesyuarat memutuskan tempoh seminggu untuk membuat keputusan.
12 Jun
Majlis Presiden PH sekali lagi bermesyuarat dan bersetuju menghantar wakil terdiri YB Khalid Samad, YB Shamsul Iskandar dan YB Anthony Loke untuk berjumpa YB DS Shafie dan YB Tun Dr Mahathir.
13 Jun
Mesyuarat Pakatan Harapan Plus telah diadakan, di mana semua wakil parti komponen Pakatan Harapan mengangkat hujah DS Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Kali ini Tun Dr Mahathir memaklumkan bahawa beliau masih mohon dicalonkan sebagai Perdana Menteri, tetapi 6 bulan tidak mencukupi. Beliau berhujah bahawa sekurang-kurangnya 12 bulan diperlukan untuk membetulkan masalah yang dilakukan bukan sahaja oleh DS Najib, tetapi juga yang kini dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. DS Shafie Apdal pula menyatakan bahawa 12 bulan itu terlalu lama, dan 6 bulan seharusnya mencukupi. Tun Dr Mahathir tidak menetapkan cadangan tempoh masa, dan Pakatan Harapan kekal dengan pendirian DS Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
Selesai mesyuarat Pakatan Harapan Plus, perbincangan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah diadakan dengan persetujuan keputusan dibuat pada Selasa, 16 Jun. Pada hari berkenaan saya telah memaklumkan kepada YB Hj Mohamad Sabu dan YB Anthony Loke bahawa DS Anwar membuat kunjungan ke Sarawak dan mesyuarat Pakatan Harapan perlu ditangguhkan.
Oleh yang demikian, adalah tidak benar jika ada sumber yang menceritakan bahawa Pakatan Harapan mengangkat nama selain DS Anwar dalam siri perbincangan Pakatan Harapan Plus. Sebaliknya nama Tun Dr Mahathir dicadang sendiri oleh beliau dan DS Shafie memberi sokongan. Tiada keputusan konklusif dicapai dalam mesyuarat Pakatan Harapan Plus.
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN akan mengadakan mesyuarat bulanan esok, 19 Jun dan pendirian parti akan dimuktamadkan.
___________________________________________________________________________
* Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merupakan Setiausaha Agung PKR dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan
Astro Awani
Thu Jun 18 2020
Saifuddin menjelaskan secara terperinci kronologi siri pertemuan pemimpin PH bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Gambar Fail
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.