KEMENANGAN hebat calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis jelas menunjukkan rakyat Sabah tampil ke hadapan menyampaikan hasrat ‘protes terhadap kerajaan negeri yang diterajui parti Warisan, sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, rakyat Sabah dikatakan menterjemahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap dasar-dasar kerajaan negeri yang diterajui Warisan terutamanya dasar pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) mulai Jun tahun ini bagi menggantikan dokumen IMM13, Kad Burung-burung dan Sijil Banci yang sedia ada.
Walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan kononnya PSS adalah langkah untuk memberi sijil kewarganegaraan kepada warga asing, rakyat Sabah sukar menerima penjelasan KDN.
Mereka menganggap PSS adalah satu langkah kerajaan PH untuk memberikan kad pengenalan dan sijil kerakyatan kepada warga asing.
Memandangkan jumlah pengundi bumiputera Islam Melayu adalah majoriti (63.6 peratus), manakala bakinya adalah bumiputa bukan Islam, yang kebanyakannya terdiri daripada etnik Kadazan Dusun Murut (KDM) dan Cina, maka pengundi Islam didapati terus menyokong calon BN malah menjadi penyumbang besar kepada kemenangan calon BN.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas, sebahagian besar pengundi bukan Islam dikesan mengalih sokongan mereka kepada calon Warisan.
Namun, pada kali ini, parti-parti yang mewakili kepentingan pengundi bukan Islam di Sabah seperti PBS, SAPP, Star Anak Negeri didapati bersama BN dalam menentang calon Warisan.
Jadi penolakan parti-parti tersebut kepada calon Warisan kerana isu PSS telah menyebabkan calon BN menang dengan hebatnya pada PRK Kimanis kali ini.
Pada masa yang sama, rakyat yang baru sahaja menyambut Tahun Baharu 2020 dihidangkan dengan pelbagai laporan oleh media sosial yang turut menimbulkan kekeliruan malah perasaan kebingungan terhadap kerajaan PH di kalangan rakyat, merentasi kaum di seluruh negara.
Malah, siaran laporan kajian pendapat awam yang dijalankan oleh institut-institut yang bebas dan berkecuali juga senada dengan sentimen semasa rakyat di seluruh negara.
Salah arah
Dalam laporan terbaharu bertajuk ‘Malaysia political developments and trajectories update’, Merdeka Centre melaporkan, rakyat masih dalam keadaan berhati-hati dengan 61 peratus pengundi percaya negara menuju ke arah yang salah.
Manakala, lebih 26 peratus rakyat menzahirkan rasa kebimbangan terhadap pengurusan ekonomi oleh kerajaan PH tersasar dari landasan betul.
Sehubungan dengan itu, laporan media terhadap industri minyak kelapa sawit juga membimbangkan rakyat Malaysia.
Pengeluaran minyak sawit negara yang berjumlah antara 19.3 juta sehingga 19.5 juta tan setahun dan harga minyak sawit mentah antara RM2,600 sehingga RM2,700 satu tan dijangka menghadapi masalah besar dan tekanan kerana dasar luar negara yang yang kurang prihatin terhadap sensitiviti negara pengimpot utama seperti India dan China.
China mengimpot enam juta tan, manakala India mengimpot 16.3 juta tan pada tahun 2019. Kenyataan mengutuk secara terbuka oleh kepimpinan kerajaan Malaysia terhadap pentadbiran kerajaan India yang dianggap campur tangan dalam urusan hal ehwal dalam negara India telah menimbulkan masalah pengurangan impot kelapa sawit oleh India daripada Malaysia.
Begitu juga pengumuman beberapa dasar termasuk pembatalan beberapa projek yang ditawarkan kepada negara China sejak PH menguasai Putrajaya akan memberi tindak balas negatif daripada kerajaan China terhadap Malaysia.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia juga kini disajikan dengan maklumat terhadap perang dingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang dijangka menimbulkan kebimbangan bukan sahaja negara-negara Islam malah terhadap keselamatan dan ekonomi rakyat Malaysia.
Malah, serangan dron yang didakwa membunuh seorang general berpengaruh Iran baru-baru ini dijangka menimbulkan serangan balik Iran terhadap aset AS di Iraq yang dijangka turut menggugat ekonomi global yang akan memberi kesan kepada Malaysia.
Selain itu, pembatalan atau mengubah dasar-dasar dan inisiatif baharu yang diumumkan oleh kerajaan PH menimbulkan kebingungan malah perasaan kurang senang hati di kalangan rakyat Malaysia.
Contohnya pengumuman Program Sarapan Percuma (PSP) yang dikatakan akan memberi manfaat kepada 2.7 juta pelajar sekolah rendah di seluruh negara mulai sesi persekolahan 2020 diubah kepada 100 buah sekolah sahaja.
Dr Mahathir yang mengambil alih Kementerian Pendidikan bagi sementara waktu melaporkan PSP akan dilaksanakan untuk manfaat pelajar yang terdiri daripada kategori B40 sahaja.
Laporan terbaharu itu sungguh mengelirukan ibu bapa pelajar sekolah rendah di seluruh negara malah dijangka menjauhkan mereka yang berkenaan daripada PH.
Begitu juga janji PH untuk menghapuskan tol di seluruh negara sekiranya menguasai Putrajaya.
Namun, rakyat terkejut dan kecewa kerana kerajaan PH mengumumkan hanya mengurangkan beberapa peratus kadar tol dan bukan menghapus tol seperti yang terkandung dalam Manifesto PH pada PRU ke-14.
Rangka strategi
Sehubungan itu, Putrajaya harus merangka strategi komunikasi yang berkesan untuk mengurus persepsi negatif rakyat yang sedang menular di kalangan rakyat merentasi kaum dan wilayah, sama ada Semenanjung atau Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) supaya PH dapat mempertahankan Putrajaya pada PRU ke-15.
Apapun, kemenangan hebat BN pada Kimanis dijangka menyuntik semangat kepada BN malah mengorak langkah bagi BN yang diterajui oleh Muafakat Nasional untuk kembali menguasai medan politik Malaysia pada masa akan datang.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Sat Jan 18 2020
BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis apabila calonnya, Datuk Mohamad Alamin berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,029 undi. - Gambar Astro AWANI
Kes saman fitnah: Na'im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo
Mohd Na'im akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Papagomo dalam kes saman fitnah.
Kedah realisasi RM11.6 bilion pelaburan pada 2023
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (nNCIA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah merealisasikan pelaburan sebanyak RM11.6 bilion dan mewujudkan lebih 3,400 peluang pekerjaan pada 2023.
Jepun naikkan kadar faedah selepas 17 tahun
Bank of Japan mengakhiri kadar faedah negatif, program pelonggaran monetari paling agresif di dunia, hari ini. Dasar yang bermula sejak 2013 itu bertujuan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan inflasi selepas aktiviti dan harga tidak berubah dalam ekonomi keempat dunia itu.
Harga minyak sawit mentah tertinggi dalam tempoh 12 bulan
Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 12 bulan pada 15 Mac lalu dengan hampir 10 peratus melebihi harga penutup pada Februari.
Northport pecah rekod pengendalian kargo dari satu kapal
Northport (Malaysia) Bhd (Northport), ahli kumpulan MMC mencatat rekod baharu apabila mencapai 448,853 'freight weight tonnes' (FWT) kendalian kargo keluli tertinggi dari sebuah kapal.
Eksport barangan & perkhidmatan diunjur 5.4 peratus
Eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia bersedia untuk kembali pulih tahun ini dengan unjuran kadar pertumbuhan 5.4 peratus.
MATRADE kembangkan pejabat perdagangan di Paris
MATRADE mengembangkan pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
Pelaksanaan langkah koordinasi, riggit nombor satu serantau
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau lain selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, Bank Negara Malaysia (BNM) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilaksanakan Februari lalu.
Kebuluran di Gaza dijangka tidak dapat dielakkan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata analisis terkini daripada Integrated Food Security Phase Classification (IPC) mencerminkan keadaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini. Menurut Menteri Kewangan Dua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, melihat kepada penambatan ringgit dibuat sekitar tahun 1998, keadaan ekonomi ketika itu berbeza berbanding sekarang.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Anak, menantu sembunyi mayat bapa demi duit pencen
Pasangan itu sanggup menyembunyikan mayat warga emas itu dalam rumah mereka selama enam tahun demi mengambil wang persaraan bulanannya.
Penutupan sempadan Mexico-AS tidak rasional - Andres
Cadangan penutupan sempadan Mexico dan Amerika Syarikat (AS) adalah mustahil dan merupakan keputusan politik yang tidak rasional.
Kongres AS setuju perjanjian perbelanjaan untuk elak penutupan kerajaan
Kongres Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan perjanjian perbelanjaan jangka pendek untuk menghalang kemungkinan penutupan kerajaan sehingga Mac.
Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah
Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera AS menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.
AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.
Ops Ihsan: Kemasukan barangan bantuan 'disaring' sebelum lepasi pintu Rafah
Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari memaklumkan pihaknya mengambil insiatif mengadakan perbincangan awal dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.
Israel hargai pendirian AS di Majlis Keselamatan PBB
AS menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi mendesak gencatan senjata dalam perang Zionis-Hamas di Gaza.