awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan bekalan air berpanjangan jejas lebih 10,000 pengguna di Labuan
Senator AS usul rang undang-undang halang Trump rampas Greenland
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki didera pengasuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan Perhimpunan Agung UMNO secara tertutup belum dibawa ke MT - Zahid

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
25/11/2015
12:40 MYT
Keputusan Perhimpunan Agung UMNO secara tertutup belum dibawa ke MT - Zahid
AHMAD ZAHID: Perkara itu (perhimpunan tertutup tanpa liputan media) di luar pengetahuannya dan perlu dirujuk kepada Setiausaha Agung Parti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau belum menerima sebarang pemakluman berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bakal diadakan secara tertutup tanpa sebarang liputan media.
Tambahnya lagi, perkara itu di luar pengetahuannya dan perlu dirujuk kepada Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Beliau (Tengku Adnan) belum bawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi. Itu di luar maklumat kami. Saya akan tanya beliau," kata Zahid pada sidang media selepas majlis Pemakaian Pangkat Bersekutu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kepada Pemimpin Muda di bawah Kesateria Muda Keselamatan di sini, pada Rabu.
Zahid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tengku Adnan pada Rabu bahawa UMNO memutuskan supaya perhimpunan parti itu, yang akan berlangsung bulan depan, diadakan secara tertutup tanpa liputan media bagi mengelak isu yang dibincangkan diputarbelitkan pihak tertentu.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan keputusan merasmikan perhimpunan sayap pemuda pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 tiada sebarang niat atau kaitan untuk mendiamkan mana-mana pihak mahupun individu.
Beliau turut mengesahkan membuat permohonan merasmikan sendiri kepada Majlis Tertinggi UMNO.
"Itu permintaan yang datang daripada saya, dan Ketua Wanita, Ketua Puteri sebab perasmian ini tidaklah menjadi sesuatu yang tertulis dalam perlembagaan ataupun peraturan mesyuarat, ia satu konvensyen.
"Tidak ada sebarang niat untuk mendiamkan sesiapa.
"Kami cuma berasa bahawa tahun ini lebih sesuai jika perasmian itu dibuat pada peringkat sayap sendiri," kata Khairy pada sidang media yang sama.
Sehubungan itu, Zahid berkata keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang membenarkan perasmian persidangan sayap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 adalah bagi menghormati permintaan setiap pengerusi berkenaan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#liputan media
#majlis tertinggi
#Perhimpunan Agung UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan