awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan UMNO tidak sertai PN tidak jejaskan pentadbiran negeri Perak - Saarani

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
31/07/2020
06:00 MYT
Keputusan UMNO tidak sertai PN tidak jejaskan pentadbiran negeri Perak - Saarani
Exco Perak, Datuk Saarani Mohamad menjelaskan bahawa keputusan UMNO tidak sertai Perikatan Nasional tidak jejaskan kerajaan negeri Perak.Gambar: Fail
Pendirian UMNO untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri Perak.
Itu jelas Exco Perak, Datuk Saarani Mohamad yang menyifatkan keputusan itu juga tidak menjejaskan keharmonian dalam jentera pentadbiran kerajaan.
UMNO katanya, daripada awal perubahan kerajaan, tidak menyertai penubuhan PN dan kekal dengan Muafakat Nasional (MN) sebagai wadah perjuangan bersama Pas.
“Tidak ada sebab... (kerana) belum ada apa-apa pakatan... kerana bila kerajaan itu ditubuhkan dahulu, adalah persefaham bersama untuk menyelamatkan keadaan.
“Tetapi sebagai kerajaan Perikatan Nasional ini, kita terus memberi sokongan sehingga berlakunya Pilihan Raya Umum,” katanya.
Tambah Saarani, UMNO tidak menarik diri atau sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebaliknya kekal dengan Muafakat Nasional (MN).
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku perbincangan mengenai Pilihan Raya Umum kelak terutama dalam memastikan hanya pertandingan satu lawan satu berlaku di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.
“Itu terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin parti-parti seperti Presiden UMNO, Pas, PPBM dan parti-parti lain, macam mana mereka boleh berfikir dan bergabung, berpakat baik-baik supaya akhirnya dalam pilihan raya umum hanya akan berlaku dua penjuru,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Aidiladha dan Memperingati Hari Pahlawan di Dataran Kem Syed Putra, Jalan Tambun pada Jumaat.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis mengumumkan bahawa UMNO membuat keputusan tidak akan menyertai Perikatan Nasional sebagai parti komponen.
Sebaliknya jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, UMNO akan terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas dan komponen Barisan Nasional (BN).
Tambah Zahid sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan kerajaan pusat dan beberapa negeri.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Aidiladha
#Barisan Nasional
#Bersatu
#Exco
#Muafakat Nasional
#Parlimen
#PAS
#Perikatan Nasional
#Pilihanraya Umum
#PPBM
#rakyat
#sokongan
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan