awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan BN ambil pandangan semua pihak laksana manifesto

Bernama
Bernama
10/04/2018
01:42 MYT
Kerajaan BN ambil pandangan semua pihak laksana manifesto
Othman meminta rakyat mengambil iktibar dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, Libya dan Mesir apabila kehidupan rakyat di negara itu jauh lebih teruk selepas menukar kerajaan menerusi gerakan revolusi. - Gambar fail
Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Bank Negara sebelum membentangkan bajet ataupun manifesto parti itu untuk kebaikan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Othman Abdul berkata kerajaan akan memastikan kewangan negara benar-benar kukuh sekali gus segala yang dijanjikan dalam bajet ataupun manifesto berkenaan dapat ditunaikan sebaik mungkin kepada rakyat.
"Kerajaan apabila buat bajet pastinya mengira setiap sen yang akan kami peroleh dan sudah pastinya mendapat (pandangan) daripada Bank Negara, ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) dan EPU (Unit Perancang Ekonomi).
"Jadi, kami bukan bentang pendapat perdana menteri seorang sahaja, semua pendapat diambil kira," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada majlis ceramah rakyat BN bertajuk 'Menolak Pakatan Hipokrasi' di Padang Awam Taman Derga Jaya di sini malam tadi.
Sabtu lepas, ketika menyampaikan ceramah di Muar, Johor, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa seolah-olah mempertikaikan dari mana perdana menteri mendapatkan dana untuk melaksanakan manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Othman yang juga penyandang kerusi Parlimen Pendang itu berkata setiap pemberian kerajaan untuk rakyat seperti terkandung dalam bajet ataupun akur janji BN dalam manifesto bukan keputusan politik sebaliknya langkah profesional yang turut melibatkan Bank Negara.
Dalam pada itu, beliau meminta rakyat mengambil iktibar dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, Libya dan Mesir apabila kehidupan rakyat di negara itu jauh lebih teruk selepas menukar kerajaan baharu menerusi gerakan revolusi kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan terdahulu.
Sehubungan itu beliau berkata rakyat tidak perlu mendengar janji pembangkang sebaliknya Barisan Nasional telah mengotakan 99.4 peratus janji telah dapat ditunaikan dalam pencapaian manifesto yang dibentangkan pada PRU13.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bajet
#Barisan Nasional
#ceramah
#dana
#kewangan
#Mahathir Mohamad
#Manifesto
#Othman Abdul
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#pilihan raya umum
#politik
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan