Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kerajaan campuran di Johor hanya provokasi

Kerajaan campuran di Johor hanya provokasi
AMINOLHUDA: Kenyataan Datuk Hasni merupakan satu provokasi untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan. - Gambar fail
Johor Bahru: Dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad bahawa negeri selatan tanah air itu akan ditadbir oleh kerajaan campuran hanyalah provokasi untuk memecah belahkan Pakatan Harapan.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan bahawa semua sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Amanah kekal bersama Pakatan Harapan.

“Amanah Johor ingin menegaskan semua ADUN dari Amanah masih setia bersama Pakatan Harapan.

“Sehubungan dengan ini, kenyataan Datuk Hasni merupakan satu provokasi untuk memecahbelahkan Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan ringkas pada Selasa.
Hasni sebelum ini mendakwa telah mendapat sokongan melalui akuan bersumpah untuk membentuk kerajaan baharu terdiri daripada UMNO, Bersatu, PKR dan Amanah untuk menerajui pentadbiran Johor.

Bagaimanapun, beliau masih berusaha mendapatkan akaun bersumpah itu sebelum Jumaat ini untuk dibawa menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk mendapat perkenan baginda.
Sementara itu, Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang ketika dihubungi turut menafikan dakwaan tersebut.

“Perkara ini (kerajaan campuran) tidak pernah dibincangkan bersama saya,” katanya kepada Astro AWANI.

Johor mempunyai adalah 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan parti DAP (14 kerusi), Amanah (9 kerusi), Bersatu (11 kerusi) dan PKR (5 kerusi) manakala BN (16 kerusi) dan Pas ada satu kerusi di peringkat tersebut.

Terdahulu, Hasni mendakwa Barisan Nasional (BN) Johor telah mendapat majoriti sokongan melalui akuan bersumpah dalam membentuk kerajaan campuran yang baru menerajui pentadbiran Johor.

Mandat sokongan itu dakwanya, datang dari 14 dari ADUN UMNO, dua dari MIC dan satu Pas, selain yakin memperoleh akuan bersumpah daripada 11 ADUN Bersatu Johor, serta tiga dari PKR dan dua dari Amanah.



Tag: Pakatan Harapan, ADUN, Sultan Johor, Barisan Nasional, DAP, PKR, UMNO, BERSATU, CAMPURAN



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.