POLITIK
Kerajaan Pakatan Harapan telah runtuh - Willie Mongin

Willie juga memohon agar warga Puncak Borneo mendoakan yang terbaik dalam menyelesaikan isu yang melanda negara ketika ini demi rakyat dan negara. - Foto: Facebook
“Kerajaan PH (Pakatan Harapan) telah runtuh sebentar tadi kerana Parti Bersatu semua sudah keluar PH,”.
Itu kenyataan ringkas Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin menerusi entri terbaharunya di Facebook pada Isnin.
Bukan itu sahaja, beliau turut tindakan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.
Malah, dua lagi rakannya dari Sarawak iaitu Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju turut mengambil tindakan sama.
Menerusi kenyataan itu, Willie turut memohon maaf kepada semua pengundi yang telah memberi mandat kepadanya untuk menjadi Ahli Parlimen Puncak Borneo.
Willie juga memohon agar rakyat Puncak Borneo mendoakan yang terbaik dalam menyelesaikan isu yang melanda negara ketika ini.
Sebelum itu, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada Isnin memutuskan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan drastik itu diambil kerana tindakan kedua-dua individu berkenaan pada Ahad dianggap satu pengkhianatan terbuka dan mampu menjejaskan kestabilan Pakatan Harapan (PH).
Terdahulu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, parti itu membuat keputusan keluar daripada PH pada Isnin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami