Tutup

Kerajaan Penyatuan Ummah: UMNO cadang kerajaan campuran di empat negeri

Kerajaan Penyatuan Ummah: UMNO cadang kerajaan campuran di empat negeri
Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan perkara itu sudah dikemukakan kepada Pas dan ia masih di peringkat cadangan sebelum perbincangan lanjut dibuat. - Gambar fail
JASIN: UMNO bercadang untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan perkara itu sudah dikemukakan kepada Pas dan ia masih di peringkat cadangan sebelum perbincangan lanjut dibuat.
“Saya sudah bincang dengan Pas hari itu. Kalau boleh kita mulakan dulu di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis.


“Kita buat kerajaan campuran, Kerajaan Penyatuan Ummah, kita panggil Kerajaan Penyatuan Ummah. kita buat. Kita tubuh jawatankuasa kerja. Datuk Khalid Nordin jadi Pengerusi jawatankuasa tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas bersama kepemimpinan UMNO Melaka di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, di sini hari ini.


Beliau juga berkata kerjasama itu akan membuatkan PH tidak senang duduk di Perak dan Kedah.
"Manakala di Perak dan Kedah yang mempunyai perbezaan kecil kerusi antara BN, PAS dan Pakatan Harapan (PH) juga kita akan 'goncangkan' agar mereka (PH) tidak senang duduk," katanya lagi.

Mengulas lanjut, ujar Mohamad Hasan, cadangan berkenaan tercetus selepas pembentukan kerjasama politik antara UMNO dan Pas yang dimeterai Selasa lalu.



Tag: Mohamad Hasan, UMNO, PAS, Barisan Nasional, Pakatan Harapan, politik, kerajaan, Kerajaan Penyatuan Ummah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.