awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Pas-UMNO berjalan seperti biasa - Idris Ahmad

Arfa Yunus, Firdaus Azil
Arfa Yunus, Firdaus Azil
16/02/2019
10:01 MYT
Kerjasama Pas-UMNO berjalan seperti biasa - Idris Ahmad
Pas masih mengekalkan hubungan serta kerjasama bersama UMNO seperti sedia kala.
Pas masih mengekalkan hubungan serta kerjasama bersama UMNO seperti sedia kala, kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac ini.
Menurut Dr Mahathir pada Sabtu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam perjumpaan bersama beliau pada Jumaat pagi di Yayasan Al-Bukhary membuat pengesahan tersebut.
Namun semasa dihubungi Astro AWANI, Idris memberitahu beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.
“Yang saya tahu kerjasama seperti biasa sebab itu saya hadir di pusat penamaan calon tadi untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN).
“Jika ada perkembangan baharu, kena dapatkan komen Haji Hadi sendiri,” katanya ketika dihubungi.
BACA: PRK Semenyih: Tun M dakwa Pas tidak sokong UMNO
Selain Idris, turut hadir di pusat penamaan calon PRK Semenyih pada Sabtu adalah Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehin Mukhyi bagi memberi sokongan kepada calon BN, Zakaria Hanafi.
Pada Jumaat, Abdul Hadi dalam sidang media di Terengganu menegaskan pertemuannya dengan Perdana Menteri adalah bagi membincangkan penyelarasan pentadbiran antara kerajaan negeri dengan Persekutuan.
Beliau berkata, pertemuan itu turut menyentuh mengenai Wang Tunai Petroleum (WTP), Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) dan projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri agar tidak wujud sebarang percanggahan.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Barisan Nasional
#calon
#Datuk Takiyuddin Hassan
#Idris Ahmad
#kerjasama
#Mahathir Mohamad
#Naib Presiden Pas
#pas umno
#pilihan raya kecil
#PRK Semenyih
#Semenyih
#semenyih memilih
#Setiausaha Pas
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan