awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama politik: Berjasa bersikap terbuka dengan Pas

Firdaus Azil
Firdaus Azil
05/11/2019
12:21 MYT
Kerjasama politik: Berjasa bersikap terbuka dengan Pas
Badhrulhisham berkata parti juga tidak berkecil hati dengan kenyataan itu, malah tetap dengan pendirian untuk terus bersama Gagasan Sejahtera. - Gambar fail
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) tidak berkecil hati terhadap kenyataan Pas yang mahu mengkaji kedudukan parti itu dalam Gagasan Sejahtera, kata presidennya Datuk Badhrulhisham Abdul Aziz.
Beliau yang juga calon parti itu untuk Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai berkata, ia berkemungkinan hanyalah pandangan peribadi Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya ambil maklum apa yang disebut Tuan Guru (Abdul Hadi) untuk kaji semula kedudukan Berjasa dalam Gagasan Sejahtera. Saya hormati beliau dan beliau ada hak, pandangan sendiri atas apa yang jadi hari ini.
“Tetapi kita tegaskan sekali lagi kita Berjasa amat menghormati Pas dan UMNO dalam memperjuangkan Bangsa Melayu Islam. Kita mempunyai aspirasi sama untuk kembalikan dominasi apa yang disebut pentadbiran Orang Melayu Islam di negara ini. Mereka berhak beri pandangan tetapi saya dan rakan-rakan tetap dengan pendirian bahawa di dalam Gagasan Sejahtera tiada perubahan,” katanya lagi.
Pada 4 November, Abdul Hadi dilaporkan berkata, Pas akan mengkaji kedudukan Berjasa dalam Gagasan Sejahtera susulan parti itu bertanding untuk PRK ini.
Beliau, yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas sejak awal tidak bersetuju Berjasa meletakkan calon mereka, namun beliau tidak dapat menghalang kehendak parti komponen Gagasan Sejahtera itu.
Gagasan Sejahtera adalah gabungan politik yang diwujudkan pada 2016 dengan hasrat menjadi blok ketiga dalak senatio politik tanah air, dianggotai Pas, Berjasa dan parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Badhrulhisham Abdul Aziz
#Berjasa
#calon prk
#kerjasama politik
#PAS
#Politik Malaysia
#PRK Tanjung Piai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan