SHAH ALAM:Program Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa (DRMM) di sini berakhir kekecohan apabila dilihat beberapa hadirin yang berada di dalam dewan itu membaling kerusi serta membakar suar.
Ia berlaku apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan salah seorang hadirin.
Media difahamkan, Tun Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali terus dibawa keluar daripada dewan tersebut sejurus kejadian tersebut dan berada dalam keadaan selamat.
Program itu bermula pada kira-kira jam 4.10 petang dan berjalan lancar selama lebih sejam sebelum kekecohan itu bermula.
Astro Awani
Sun Aug 13 2017
Keadaan kecoh di Dewan Raja Muda Musa (DRMM) hari ini. - Facebook Sinar.TV
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Polis panggil Armada PPBM bantu siasatan kekecohan Nothing To Hide 2.0 - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah memulakan siasatan kes itu dan menegaskan bahawa aspek keselamatan adalah di bawah tanggungjawab penganjur.
Memali: Kecoh Nothing To Hide 2.0 dari perspektif Abdul Hadi Awang
Semua pihak menunding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali.
Kerusi 'terbang', bakar suar cemari program Nothing to Hide 2.0
Program yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad itu menjadi kecoh apabila dicemari insiden membaling kerusi dan membakar suar.
Dr Mahathir ulangi tidak akan kembali kepada UMNO
Dr Mahathir menyifatkan parti terbesar orang Melayu itu sudah tidak sama seperti UMNO yang dipimpin oleh kepimpinan terdahulu.