Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Ketika pembangkang lain gesa bubar Parlimen, 18 Ahli Parlimen GPS ikrar sokong Tun M

Ketika pembangkang lain gesa bubar Parlimen, 18 Ahli Parlimen GPS ikrar sokong Tun M
Fadillah berkata, Ahli-ahli Parlimen GPS telah dipanggil menghadap Agong pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesemua 18 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, kata Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam satu kenyataan media, Fadillah berkata, 18 Ahli Parlimen GPS dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong pada petang Selasa.
"Ahli-Ahli Parlimen GPS telah dipanggil  menghadap seorang demi seorang, antara dua ke tiga minit setiap seorang, serta turut diminta mengisi borang mengenai siapa yang mereka sokong untuk menerajui kepimpinan negara.

"Seperti yang telah dipersetujui sebulat suara oleh kepimpinan tertinggi GPS, kesemua 18 Ahli Parlimen GPS menyatakan sokongan kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.
BACA: Blok pembangkang sepakat, Parlimen dibubarkan

Buat pertama kali dalam sejarah politik tanah air apabila kesemua Ahli Parlimen kecuali Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bermula petang Selasa.

Sesi pertama melibatkan 90 ahli parlimen yang dipanggil menghadap sejak pukul 2.30 petang.

Selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, pemimpin gabungan pembangkang melibatkan UMNO, Pas, MCA, MIC dan PBRS mengesa agar parlimen dibubarkan dan menarik balik sokongan kepada Dr Mahathir yang diberikan sebelum ini.


Tag: Gabungan Parti Sarawak, GPS, Mahathir Mohamad, Fadillah Yusof, parlimen, Perdana Menteri, UMNO, PAS, MCA, MIC, PBRS



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.