awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Menteri Sarawak Ke-6: PBB sokong Abang Johari

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/01/2017
05:09 MYT
Ketua Menteri Sarawak Ke-6: PBB sokong Abang Johari
Abang Johari dapat sokongan PBB untuk menggantikan Adenan Satem - Gambar fail
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini sebulat suara memilih Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak Ke-6.
Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu bersama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di sini.
"Ya, perjumpaan bagus, berjalan dengan lancar. Kami semua sokong Abang Jo. Tunggulah selepas angkat sumpah. Parti kami PBB akan menyokong Abang Jo," kata Awang Tengah sejurus keluar dari kediaman Tun Abdul Taib di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak mengesahkan desas-desus yang mengatakan majlis angkat sumpah Ketua Menteri baharu akan diadakan jam 4 petang ini di Astana Sarawak.
"Anda semua akan dimaklumkan bilakah majlis angkat sumpah. Nanti lah (dan) tunggu lah," katanya.
Selain Abang Zohari dan Awang Tengah, turut hadir pada mesyuarat hari ini termasuk Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Naib Yang Dipertua PBB, Datuk Talib Zulpilip.
Topic Berkaitan
#abang kjohari
#Adenan Satem
#angkat sumpah
#Ketua Menteri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan