awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy pasti tiada pemimpin UMNO akan dipecat esok

Bernama
Bernama
08/09/2015
08:40 MYT
Khairy pasti tiada pemimpin UMNO akan dipecat esok
KHAIRY: Saya 100 peratus yakin tiada pemimpin kanan parti akan dipecat esok
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin percaya tiada pemimpin kanan parti akan dipecat daripada parti pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok.
"Saya 100 peratus yakin tiada pemimpin kanan parti akan dipecat esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya mengenai khabar angin kononnya timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dakan dipecat daripada parti pada mesyuarat itu.
Ditanya mengenai agenda mesyuarat Majlis Tertinggi itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata mesyuarat dijadual membincangkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO dan perkara melibatkan pentadbiran parti.
"Ini memandangkan tidak ada mesyuarat Majlis Tertinggi selama tiga bulan jadi ada beberapa perkara pentadbiran yang perlu diselesaikan. Pasti akan ada perbincangan berkaitan isu-isu politik semasa," katanya.
Mengenai mesyuarat Biro Politik UMNO di Perdana Putra semalam, beliau berkata mesyuarat itu berlangsung dalam suasana amat kondusif.
"Sudah tentu kami semua perlu bercakap di antara satu sama lain," kata Khairy semasa ditanya sama ada interaksi adalah baik pada mesyuarat itu.
Muhyiddin dan Mohd Shafie, yang digugurkan daripada Kabinet dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai, antara yang hadir pada mesyuarat itu.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#majlis tertinggi
#Mohd Shafie Apdal
#MT
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#pemuda
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan