awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy tanding jawatan Naib Presiden UMNO

Bernama
Bernama
01/06/2018
20:35 MYT
Khairy tanding jawatan Naib Presiden UMNO
KHAIRY: Dengan Pas saya tidak setuju gabung secara rasmi malah dengan mana-mana parti termasuk parti dalam kerajaan. - Gambar fail
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti, 30 Jun ini.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata beliau sudah mengisi borang pencalonan dalam talian petang Jumaat, sebaik sahaja pencalonan untuk pemilihan UMNO bagi semua jawatan dalam parti mula dibuka semalam.
"Ramai yang bertanya mengapa tidak bertanding jawatan yang lebih tinggi? Tetapi saya rasa itulah tempat paling sesuai untuk saya buat masa ini. Jadi tidak timbul spekulasi mengenai perkara tersebut," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa anjuran Pemuda UMNO di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Khairy tidak bersetuju dengan cadangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai penggabungan UMNO bersama Pas bagi membentuk kuasa Melayu lebih kukuh selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Dengan Pas saya tidak setuju gabung secara rasmi malah dengan mana-mana parti termasuk parti dalam kerajaan. Ia bergantung kepada isu dan dasar yang mahu diperjuangkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bertanding
#gabung
#Khairy Jamaluddin
#Melayu
#Naib Presiden
#PAS
#pemilihan
#PRU14
#Tajuddin Abdul Rahman
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan