Menjelang Pilihan Raya Kecil Kimanis (PRK Kimanis) esok, polis menjangkakan tahap keselamatan sepanjang proses pengundian adalah terkawal.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, pihaknya akan melakukan sehabis mungkin untuk meningkatkan kawalan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.
Beliau berkata, seramai 859 pegawai dan anggota pelbagai cawangan akan bertugas sepanjang tempoh tersebut termasuklah memastikan kelancaran proses pemindahan peti ke pusat pengiraan undi.
BACA: SEMUA YANG INGIN TAHU MENGENAI KIMANIS MEMILIH
"Keanggotan trafik kita maksimumkan 100 orang lebih, untuk memastikan laluan lancar dan juga keselamatan dan juga petugas-petugas ini dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) ke tempat pengiraan undi di Dewan DUN Banir.
"Kita tutup laluan di hadapan dewan itu sahaja, kita kira sebagai laluan alternatif, saya jangkakan tidak menggangu lalu lintas," katanya.
Azmir berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, pada Jumaat.
PRK Kimanis kali ini menyaksikan seramai 29,618 jumlah pengundi untuk kerusi Parlimen berkenaan melibatkan 68 saluran dan 19 buah pusat mengundi.
"Esok juga kita akan memastikan jalan Beaufort ini jalan utama untuk Borneo dari Sarawak dan negara Brunei itu sendiri, ini adalah jalan utama.
"Kita cuba sebaik mungkinlah, jika ada kesesakan mohon semua pengguna jalan raya bersabarlah kita faham beberapa lokasi PDM-PDM di tempat mengundi ini di tepi jalan utama," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Fri Jan 17 2020
Seramai 859 pegawai dan anggota pelbagai cawangan akan bertugas sepanjang tempoh tersebut termasuklah memastikan kelancaran proses pemindahan peti ke pusat pengiraan undi. - Gambar fail
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Lelaki maut dihempap traktor di Beaufort
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Abdul Hamid Rajja, 69 tahun, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta leher.
Kimanis Memilih: Polis jamin keselamatan terkawal
Seramai 859 pegawai dan anggota pelbagai cawangan akan bertugas sepanjang tempoh tersebut termasuklah memastikan kelancaran proses pemindahan peti ke pusat pengiraan undi.
Kimanis Memilih: Keselamatan pada hari mengundi terkawal
Polis Beaufort menjangkakan tahap keselamatan sepanjang proses pengundian esok adalah terkawal.
PRK Kimanis: Polis buka enam kertas siasatan
Antara kesalahan berkenaan merangkumi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan lain-lain.
Buruh asing lintas jalan secara berbahaya, maut dirempuh
Mangsa dikenali sebagai Sukarno Pulalon, 35 tahun, yang bekerja sebagai buruh binaan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemuda maut digilis kereta api
Mangsa, yang dipercayai tertidur di landasan kereta api, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Polis buru lelaki ugut isteri guna senapang buatan sendiri
Terdahulu seorang wanita berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dia diugut dengan selaras senapang dan ditumbuk dimulut oleh suaminya pada kira-kira pukul 9.00 malam.
Bayi lelaki cukup sifat dibuang di kolam terbiar
Mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam kolam terbiar di Kampung Binsuluk, Membakut, semalam.
Kanak-kanak maut, dua parah lori sawit terbabas
Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia lapan tahun maut manakala ibunya dan seorang lelaki parah selepas lori 10 tan membawa muatan kelapa sawit yang dinaiki mereka terbabas.