Penasihat DAP Lim Kit Siang sepatutnya menyandang jawatan pengerusi Pakatan Harapan memandangkan DAP merupakan parti terbesar dalam pakatan tersebut, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata jika Lim melantik orang Melayu untuk menyandang jawatan itu, ternyata ia adalah muslihat untuk memperdaya pengundi Melayu.
"Lim Kit Siang jangan cuba perlekeh dan perdaya minda orang Melayu terhadap hakikat sebenar iaitu Pakatan Harapan dikuasai dan dimiliki oleh DAP.
"Kita semua tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang didominasi oleh kaum Cina dan Lim Kit Siang tidak pernah memberi ruang kepada kaum Melayu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu juga berkata Lim perlu memegang jawatan pengerusi jika mahu membuktikan pakatan itu bukan 'Pakatan Ali Baba'.
Ismail Sabri berkata orang Melayu perlu sedar bahawa Lim perlukan undi orang Melayu sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya.
Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini dilaporkan akan mengemukakan permohonan untuk pendaftaran rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai penasihat bersama jawatankuasa pro-tem pakatan itu dengan penyandang jawatan pengerusi masih menjadi tanda tanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2017
Penasihat DAP Lim Kit Siang sepatutnya menyandang jawatan pengerusi Pakatan Harapan memandangkan DAP merupakan parti terbesar dalam pakatan tersebut.
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.
MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan
Kerajaan Madani digesa supaya menyemak semula dan mengemas kini akta hasutan susulan Tony Pua dipanggil untuk direkod keterangan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat
Perbezaan pendapat antara MCA dan DAP adalah perkara biasa dalam politik, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
DAP diingatkan tidak main isu sensitif - Puteri UMNO
DAP dingatkan supaya tidak bermain dengan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan serta keharmonian awam, khususnya berkaitan agama, bangsa dan institusi raja (3R).
Pas gesa PM tegur DAP jangan sentuh sensitiviti Islam
Tuan Ibrahim berkata, DAP sekali lagi menunjukkan taring apabila mengeluarkan kenyataan yang mencampuri urusan agama Islam.