Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Klip audio saya jelas disunting - Tun Mahathir

Klip audio saya jelas disunting - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan ada pihak berniat jahat dengan menyebarkan klip audionya yang jelas telah disunting. - Gambar Facebook
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan ada pihak berniat jahat dengan menyebarkan klip audionya yang jelas telah disunting.

Semalam, tersebar satu rakaman audio mirip suara bekas Perdana Menteri itu yang antara lainnya ada menyebut ‘beliau’ tidak sukakan DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia dipercayai ia diambil daripada mesyuarat MPT Bersatu yang diadakan pada pukul 11 pagi, 23 Februari lalu.

‪"Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT (Majlis Perwakilan Tertinggi).
“Ada yang berniat jahat menyebarkan klip audio saya yang jelas disunting.‬ ‪Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT.

“‪Saya kekal setia bersama rakan-rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14),” tulisnya dalam laman Facebook beliau pada Rabu.
BACA: "Saya pun tak suka DAP, Anwar" - Rakaman suara mirip Dr Mahathir pula tersebar

Tegas Ahli Parlimen Langkawi itu, sekiranya betul beliau mahu mengkhianati mandat rakyat, beliau boleh lakukannya ketika dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.

"‪Saya tolak. Susah dan senang, kita bersama," katanya.

Menerusi rakaman audio yang tular itu, lelaki berkenaan kedengaran sedang membentangkan semula intipati dan keputusan mesyuarat tersebut.

Antara keputusan itu adalah ahli MPT sebulat suara bersetuju untuk parti tersebut keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari.


Tag: Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad, DAP, Langkawi, Perdana Menteri, Parlimen, pilihan raya, pembangkang, rakyat, sunting, niat jahat, klip audio, cabar



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.