awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres Rakyat: Darah daging saya UMNO, tak mudah tukar-tukar - Mukhriz Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2016
09:14 MYT
Kongres Rakyat: Darah daging saya UMNO, tak mudah tukar-tukar - Mukhriz Mahathir
MUHKRIZ: Saya ni tuan-tuan, darah daging saya UMNO, tidak mudah untuk saya tukar-tukar (tukar parti). - Foto Astro AWANI / Nizam Bakeri
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekali lagi menegaskan beliau tetap ahli UMNO biarpun tidak sehaluan dengan kepimpinan parti itu.
Berucap di Kongres Rakyat 2016, sambil tersenyum Mukhriz berkata, biarpun hadir di program yang melibatkan pemimpin pembangkang, beliau tetap memakai baju berwarna merah dengan logo UMNO.
"Saya tahu ramai dalam dewan ini orang UMNO tapi tak berani nak pakai baju merah UMNO.
"Saya ni tuan-tuan, darah daging saya UMNO, tidak mudah untuk saya tukar-tukar (tukar parti)," katanya disambut tepukan hadirin.
Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa mengingatkan seruan supaya Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri tidak boleh bertukar menjadi isu perkauman atau agama.
Ujar beliau, usaha mendesak Najib meletak jawatan merupakan satu kewajipan dan bukan satu pilihan serta ia tidak seharusnya menjadi masalah besar kepada semua orang.
Manakala ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata kebanyakan pemimpin yang menghadiri ke Kongres Rakyat 2016 bukan untuk mengenang dendam masa lalu tetapi demi masa depan dan generasi akan datang.
Mahfuz berkata, beliau mempunyai sebab untuk membalas dendam kerana Tun Dr Mahathir adalah orang yang telah menandatangani surat ketika beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Kita bukan berkumpul untuk mengenang masa lalu yang tidak boleh kita kembali, tetapi demi masa depan dan generasi akan datang," katanya.
Topic Berkaitan
#Kongres Rakyat
#Lim Kit Siang
#Muhyiddin Yassin
#Mukhriz Mahathir
#Najib Razak
#Tun Mahathir
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan