awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres Rakyat: 'Kita harap Raja-Raja akan dengar suara rakyat' - Tun Mahathir

Astro Awani, T K Letchumy Tamboo, Hilal Azmi, Nizam Bakeri
Astro Awani, T K Letchumy Tamboo, Hilal Azmi, Nizam Bakeri
27/03/2016
10:54 MYT
Kongres Rakyat: 'Kita harap Raja-Raja akan dengar suara rakyat' - Tun Mahathir
Sebahagian daripada orang ramai yang hadir ke Kongres Rakyat di Shah Alam. - Foto Astro AWANI
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hadir ke Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, kira-kira 1.55 petang tadi.
Ketibaan bekas Presiden UMNO itu bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali disambut sorakan pengunjung serta diselangi laungan 'reformasi'.
Turut kelihatan bersama ialah Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula tiba sekitar pukul 2.30 petang.
Rata-rata pemimpin yang menyampaikan ucapan telah menyentuh perkara-perkara seperti penyalahgunaan kuasa, sistem kehakiman, dana politik, hak rakyat, pemulihan ekonomi, dan cita-cita menjadikan Malaysia negara yang lebih baik.
Seramai 19 pemimpin pelbagai latar belakang menyampaikan ucapan bersemangat, termasuk Tun Mahathir Mohamad yang antara lain merumuskan tentang harapan dan masa depan rakyat negara ini.
Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang tersebut berakhir pada jam 6.45 petang.
Ucapan Tun Mahathir dalam #KongresRakyat2016 boleh diikuti secara langsung menerusi Facebook Live Astro AWANI http://www.facebook.com/astroawani
#KongresRakyat2016 Ucapan Tun Mahathir secara langsung menerusi Facebook Live Astro AWANI http://www.facebook.com/astroawani
Posted by Astro AWANI on Sunday, 27 March 2016

Wartawan Astro AWANI di lokasi menghimpunkan beberapa tweet berdasarkan intipati ucapan daripada beberapa pemimpin dalam majlis tersebut:
5.50 petang: Momen yang dinanti-nanti peserta #KongresRakyat2016 akhirnya tiba. Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengambil tempat untuk berucap.
"Bukan susah pon nk letak jawatan... Berdiri.. Bagitau la... Sy pon bagitau dulu.." Tun Mahathir #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Atas pentas ni mmg aneh.. Mmg depa pernah kena tangkap masa sy memerintah dulu" Tun Mahathir #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Yg kita nak ni, luar dri perlembagaan. Kita harap Raja2 akan dengar suara rakyat!" Tun Mahathir #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Apabila makan dedak... Sama la macam binatang!" Tun Mahathir #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Takda sapa pon mai kenduri kawin anak saya... PM gaji bukan besaq.. Lagipun sy kedekut!" Tun Mahathir #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Cara nk layan kehendak rakyat.. Penuhi apa depa mau.. Rakyat bukan pengemis nk dpt duit percuma!" Tun Mahathir #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Sy kecewa sbb dia merendahkan diri kpd Singapura dlm isu Jambatan Bengkok" Tun Mahathir #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Antara yg Najib janji dgn sy, dia nk buat Jambatan Bengkok... Tak buat pon.." Tun Mahathir #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Sejak dia jadi PM, takda jmpa dgn dia lebih 6 bulan.." Tun Mahathir #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Sy begitu gembira bila Najib naik jadi PM.. Melompat2 dgn isteri dan anak saya!" - Tun Mahathir #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
0551PM Tun Mahathir memulakan ucaptama di #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/ZKLEZxFicV
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
5.30 petang: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bermukadimah dengan menyatakan "Malaysia sedang berada dalam detik yang mencemaskan". Beliau juga sempat mengatakan bahawa dirinya tidak pernah bermimpi untuk duduk bersebelahan dengan Lim Kit Siang.
"Sampai harini mrk tak pernah jawab apa yg disebut dlm #DeklarasiRakyat " @MuhyiddinYassin #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Kita perlu tunjukkan apa jenis institutional reform yg kita nak buat tu.." @MuhyiddinYassin #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Dah tiba masa politik Malaysia lebih matang berbanding sebelumnya" @MuhyiddinYassin #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Sy tak pernah mimpi utk duduk sebelah @limkitsiang selama hidup saya.." @MuhyiddinYassin #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Perbahasan diteruskan oleh @MuhyiddinYassin. @501Awani pic.twitter.com/twnKC5eBE7
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
5.15 petang: Ahli Parlimen Gombak, yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disambut laungan 'Reformasi' sebelum memulakan ucapannya.
"Biar dulu sy ditangkap, digari, dipijak zaman Tun M, bukan itu utk sy kenang ketika ini" @AzminAli #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Attack Najib where he is not prepared" @AzminAli #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Apakah perlu deklarasi ini kalau ada sistem kehakiman yg adil?" @AzminAli #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Perbahasan diteruskan oleh @AzminAli. @501Awani pic.twitter.com/G3vnCorOG7
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
5.00 petang: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menerima tepukan gemuruh apabila mula mengambil giliran berucap.
"Kita bukan saja mau new breed of UMNO, tetapi new breed of Malay, Chinese, Indian, & Malaysian!" @limkitsiang #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
@limkitsiang takes the stage and the crowd goes crazy cheering for him! #KongresRakyat2016 @501Awani
— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Perbahasan diteruskan oleh @limkitsiang. @501Awani pic.twitter.com/AejE5dce51
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
4.50 petang: Presiden Amanah, Mohamad Sabu mencuit hati peserta Kongres Rakyat dengan mengimbau semula cerita beliau ditahan ketika di bawah 'rejim' Tun Mahathir. Namun beliau mengakui hadirnya ke majlis tersebut bukan kerana kisah lampau tetapi mengenai masa depan. Beliau juga menyifatkan tindakan "mengkritik orang yang telah pencen sebagai tindakan yang tidak 'jantan'."
"zaman Tun M, mcm2 usaha dibuat utk pulihkan negara" Mat Sabu #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Perbahasan diteruskan oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. @501Awani pic.twitter.com/5ayFAi3nb1
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
4.40 petang: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencuri perhatian ramai apabila memulakan ucapan. Beliau antara lain menyentuh tentang peri pentingnya penjelasan pemimpin terhadap semua isu yang melibatkan kepentingan rakyat.
Rakyat perlu bersuara. Kita mahu berdikari supaya kita boleh cari makan sendiri. Kita tak nak berharap pd BRIM - @MukhrizMahathir @501Awani
— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) March 27, 2016
"Darah daging saya mmg UMNO, bukan senang2 boleh tukar2 parti" @MukhrizMahathir #KongresRakyat2016
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Kita nak jawapan yg tepat.. Bukan jawapan yg menimbulkan keraguan pd pemimpin kita" @MukhrizMahathir #KongresRakyat2016
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Kita tak mau amalan rasuah berlaku di negara termasuk pemimpin tertinggi negara kita" @MukhrizMahathir #KongresRakyat2016
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Perbahasan diteruskan oleh @MukhrizMahathir. @501Awani pic.twitter.com/k4C8f0bFny
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
4.26 petang: Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berucap tentang pemimpin dan salah guna kuasa:
Saya boleh sahkan @MukhrizMahathir lagi popular di Kedah dari Ahmad Bashah - @rafiziramli #kongresrakyat2016 @501Awani
— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) March 27, 2016
Di Parlimen, jawapan 'saya tak tahu' sudah jadi jawapan rasmi Menteri-Menteri - @rafiziramli #kongresrakyat2016 @501Awani
— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) March 27, 2016
0426PM YB @rafiziramli "Sy takkan kaco pemimpin kalo dia tak salahguna duit rakyat!" #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/qeiQKPXM1C
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
4.14 petang: Bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0 yang juga peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mengambil giliran berucap:
#KongresRakyat2016 Saya puji kemampuan Tun M untuk menyatukan kami walau dari pihak berbeza - @Ambiga_S. @501Awani
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Kita perlu berikan tepukan pada penjawat awam yang menjalankan tugas tanpa mengenal bahaya - @Ambiga_S. @501Awani
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Tiba masanya kita katakan 'tidak' pada pemimpin yang jadikan negara milik mereka - @Ambiga_S. @501Awani
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Pengerusi kata ini perbahasan, tapi semua di sini pendapat yang sama - @Ambiga_S. @501Awani
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
0414PM @Ambiga_S memulakan ucapan #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/lOHuQGw36T
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
4.00 petang: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub memulakan ucapan:
#KongresRakyat2016 Diplomat Rom & Parsi tak jumpa rumah Umar Khattab & Umar Abdul Aziz, rumah sama dengan rakyat - Salahuddin @501Awani
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Tun Razak pernah pesan Tun Rahah, jangan belanja berlebihan ketika lawat London. Itu integriti - Salahuddin. @501Awani
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
0400PM Salahuddin Ayub memulakan ucapan #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/ykelwDQAor
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
3.50 petang: Bekas Setiausaha Agung MIC Datuk Murugesan Sinandavar:
Kepada rakan-rakan saya di BN, jangan cuba tegakkan benang yang basah - @SMurugessan #kongresrakyat2016 @501Awani
— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) March 27, 2016
0350 Datuk Murugesan memulakan ucapan #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/IlPohZNJrb
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
3.40 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa berucap:
"Kita ada hak yg sama untuk perbetulkan negara! Bukan isu ras atau parti politik!" @datohusammusa #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
"Dlm usaha tegakkan keadilan, setiap umat perlu ada sikap utk lawan kemunkaran yg berlaku" @datohusammusa #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Perbahasan diteruskan oleh @datohusammusa. @501Awani pic.twitter.com/KLoQOdqWW8
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
3.30 petang: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mula berucap:
"Saya berucap mewakili suara yang dibawakan dlm #Bersih4 yg turut dihadiri Tun M.." - @mariachin #KongresRakyat2016 @501Awani
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
0330PM @mariachin memulakan ucapan di #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/sM1xlKKI4K
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
3.20 petang: Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengambil giliran:
Saya pernah ditahan dibawah ISA dan surat penahanan saya ditandatangani oleh Tun M. Itu sudah berlalu - @MahfuzOmar @501Awani
— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) March 27, 2016
Saya pernah ditahan dibawah ISA dan surat penahanan saya ditandatangani oleh Tun M. Itu sudah berlalu - @MahfuzOmar @501Awani
— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) March 27, 2016
0320PM "Kalau saya ada dendam politik, sy takkan bersama Tun M hari ini.." Mahfuz Omar #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/BSCLnTnUB9
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
3.10 petang: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok bercerita tentang harapan:
Selepas Deklarasi Rakyat dilancarkan oleh Tun Mahathir, rakyat mendapat sinaran harapan yang baru - @teresakok #kongresrakyat2016 @501Awani
— T.K. Letchumy (@TKLetchumy) March 27, 2016
0309PM YB @teresakok memulakan ucapan kata rakyat Seputeh risau dgn kedudukan negara! #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/VGXUNy1ce7
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
2.56 petang: Abdullah Sani berucap mewakili suara golongan pekerja:
0256PM YB Abdullah Sani berucap mewakili suara pekerja #KongresRakyat2016 @501Awani pic.twitter.com/vhLuEhPWWn
— HilalAzmi (@HilalAzmi) March 27, 2016
2.50 petang: Ucapan seterusnya disampaikan oleh Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman:
#KongresRakyat2016 Apa yang kita alami sekarang kerana nakhoda tidak mengemudi kapal dengan baik, seperti Titanic - Kamarulazman. @501Awani
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Perbahasan diteruskan oleh Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman. @501Awani pic.twitter.com/8XVDSChbpE
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
2.40 petang: Isu 'mahasiswa lapar' terus disampaikan oleh Fahmi Zainol:
#KongresRakyat2016 Perbahasan diteruskan oleh @fahmizainol_ pic.twitter.com/yMWhahHKaX
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
2.30 petang: Pendebat muda Syed Saddiq Abdul Rahman memulakan ucapan:
#KongresRakyat2016 Gerakan Selamatkan Malaysia boleh didemokrasikan dengan penyertaan semua, terutama orang muda - @SyedSaddiq @501Awani
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
#KongresRakyat2016 Perbahasan diteruskan oleh @SyedSaddiq. @501Awani pic.twitter.com/vX9IiQDCwf
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
Hadirin yang berada di SACC sempena #KongresRakyat2016. @501Awani pic.twitter.com/rIQZnJft69
— Nizam Bakeri (@nizambakeri2) March 27, 2016
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Kongres Rakyat
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#pembangkang
#Teresa Kok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan