Perwakilan bebas memberi kritikan terhadap kepimpinan parti sewaktu sesi perbahasan pada Konvensyen Nasional 2019 Parti Amanah Negara (Amanah) minggu depan, kata Naib Presiden parti itu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata pihak kepimpinan membuka ruang yang luas bagi mana-mana perwakilan yang ingin membahaskan usul atau memberi pandangan.
"Parti Amanah ini telus, jadi mereka boleh mengkritik apa sahaja selagi ada adabnya, dan saya rasa mereka pun sudah tahu apa usul yang ingin dibahaskan.
"Saya rasa ia perkara biasa dalam Amanah dan sebagaimana mereka memberi pandangan kita juga akan memberikan penjelasan pada waktu yang sama," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di lobi Parlimen pada Khamis.
Mujahid berkata konvensyen pada tahun ini akan lebih menarik kerana parti itu akan mengadakan sesi pemilihan kepimpinan baharu dalam Amanah buat kali pertamanya, yang dipilih oleh 25 ahli jawatankuasa dalam parti.
Beliau turut berharap agar kepimpinan baharu parti akan turut membawa agenda 'Rahmatan Lil Alamin' dan lebih penting menyumbang kepada dasar yang lebih besar iaitu 'Kemakmuran Bersama'.
"Juga sebagai parti pemerintah untuk meneruskan cita-cita bagi membentuk Malaysia Baharu ini supaya semua kaum, bangsa dan agama hidup dalam keadaan aman dan damai," katanya.
Dalam pada itu, presiden parti, Mohamad Sabu berkata antara isu yang akan disentuhnya ketika konvensyen tersebut adalah mengenai perpaduan dan manifesto yang telah dilaksanakan namun tidak sampai kepada rakyat.
"Dalam Pakatan Harapan kita mesti ada perpaduan dan itu isu yang perlu ditekankan, dan bagaimana kita ingin jalan supaya manifesto itu sampai kepada rakyat," katanya di lobi Parlimen.
Konvensyen Nasional 2019 Amanah akan diadakan pada 6 hingga 8 Dis di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 28 2019
Mujahid berkata konvensyen pada tahun ini akan lebih menarik kerana parti itu akan mengadakan sesi pemilihan kepimpinan baharu dalam Amanah buat kali pertamanya. - Gambar fail
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Konvensyen Amanah: Perwakilan bebas kritik kepimpinan - Mujahid
Perwakilan bebas memberi kritikan terhadap kepimpinan parti sewaktu sesi perbahasan pada Konvensyen Nasional 2019 Parti Amanah Negara (Amanah) minggu depan.
Jerebu: Masjid disaran adakan solat sunat Istisqa selepas solat Jumaat
Semua masjid di seluruh negara disaran melaksanakan solat sunat Istisqa selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon doa diturunkan hujan supaya masalah jerebu dapat dikurangkan.
Kenyataan tidak berasas isu kuota haji boleh jejas hubungan Malaysia, Arab Saudi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penetapan kuota haji dan pemberian kuota tambahan berdasarkan rayuan adalah hak Arab Saudi.
'Adinda' belum jawab warkah 'kekanda'
Entri paling terbaharu dimuat naik 17 jam lalu berkenaan lawatan ke tapak pertanian bersama Jabatan Pertanian di Mengkuang Semarak.
Tak keluar TV dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias
Melalui muat naik di laman sosial Instagram beliau, Ustaz Kazim berkata dua platform itu telah membawa mesej dakwah beliau serata negara.
Kerajaan tidak akan kompromi pihak lakukan penyelewengan
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan penyelewengan terutama jika ia melibatkan wang rakyat.