Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah berkumpul di sebuah hotel di sini bagi membincangkan krisis UMNO negeri.

Tinjauan mendapati seramai 17 daripada 21 ADUN mewakili BN negeri berada di hotel itu.

Antara yang hadir ialah ADUN Kulim dari MCA, Chua Tiong Ghee; Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan timbalannya, Datuk Ghazali Ibrahim; serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Yusof Ismail.


BACA: ADUN Kedah sifatkan kenyataan Mukhriz sebagai tidak rasmi

BACA: Krisis politik Kedah: 20 ADUN menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Bagaimanapun kelibat Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga ADUN Ayer hitam serta tiga exco kerajaan negeri yang diuar-uar cenderung menyokong Mukhriz tidak kelihatan.

BACA: Jemaah Pemangku Sultan Kedah terima cadangan nama MB baharu - Najib

BACA: Mukhriz Mahathir diminta keluar dari mesyuarat MT UMNO

Mereka ialah ADUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar; ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob; dan ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor.

BACA: Mukhriz sahkan tidak sertai pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah

BACA: Krisis MB: Sultan Kedah zahir kemurkaan - Mukhriz

Dengan ketiadaan hanya empat ADUN berkenaan sekali gus mengukuhkan status perjumpaan di Wisma Darul Aman pada Isnin yang mengatakan Mukhriz gagal mendapat sokongan majoriti ADUN BN.

Bagaimanapun sehingga kini, tujuan sebenar pertemuan berkenaan masih tidak diketahui.