awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arsenal benam Aston Villa 4-1, kukuhkan kedudukan pendahulu liga
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Sarawak kehilangan permata berharga - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kritikan terbuka Husam terhadap Hadi beri kesan kepada parti

Bernama
Bernama
08/11/2015
23:19 MYT
Kritikan terbuka Husam terhadap Hadi beri kesan kepada parti
MOHD AMAR: Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan.
Tindakan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa membuat kritikan terbuka terhadap Presiden Parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah tidak wajar kerana ia memberi kesan kepada parti.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan.
"Tidak kena mengkritik atau menyerang parti dan presiden secara terbuka. Kita selalu sebut kita ada saluran.
"Tok Guru (Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah sebut parti umpama rumah tangga dan kita tidak boleh bercakap isu rumah tangga di kedai kopi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Gotong Royong Mega Peringkat Negeri Kelantan di Taman Transit Panji di sini, pada Ahad.
Mohd Amar mengulas dakwaan Husam sebelum ini bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Pendedahan itu dibuat melalui sedutan video rakaman ceramah di Pasar Kedai Mulong, Kota Baharu yang dikongsi di Facebook Husam Jumaat lepas.
Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Husam agar parti menggantikan presiden sedia ada, Mohd Amar berkata ia bukan jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda PAS.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Husam Musa
#kritik
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan