Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah dibubarkan hari ini selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin susulan permohonan dibuat oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Berikut adalah kronologi perkembangan politik Negeri Bawah Bayu yang membawa kepada pembubaran DUN itu:
9 Mei 2018
-- Barisan Nasional (BN) Sabah terikat jumlah kerusi dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakan partinya daripada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang masing-masing memperoleh 29 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri.
-- Dua kerusi lagi dimenangi Parti Solidariti Rakyat Sabah (STAR).
10 Mei 2018
-- BN Sabah pimpinan Tan Sri Musa Aman mendapat sokongan dua ADUN STAR, sekaligus memperoleh majoriti mudah dengan 31 undi yang membolehkan BN membentuk kerajaan.
-- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) mengumum keluar daripada BN. Namun, ADUN UPKO seramai empat orang kekal menyokong Musa sebagai ketua menteri.
-- Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah.
11 Mei 2018
-- Enam ADUN BN keluar daripada BN dan menyertai Warisan, sekali gus menyokong Mohd Shafie yang juga Presiden Warisan sebagai ketua menteri.
-- ADUN UPKO seramai empat orang menyatakan sokongan kepada Mohd Shafie sebagai ketua menteri.
12 Mei 2018
-- Mohd Shafie mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah, 48 jam selepas Musa mengangkat sumpah untuk jawatan itu.
13 Mei 2018
-- Istana Negeri menyampaikan surat memaklumkan Musa bahawa beliau bukan lagi ketua menteri Sabah menerusi setiausaha sulitnya.
16 Mei 2018
-- Mohd Shafie mengumumkan kabinet negeri Sabah dengan dua ADUN dilantik iaitu Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau, yang juga Presiden UPKO, dan bekas Ahli Parlimen Sandakan mendiang Datuk Stephen Wong, yang merupakan pengerusi DAP Sabah ketika itu.
17 Mei 2018
-- Musa fail writ mohon mahkamah isytihar beliau sebagai ketua menteri yang sah.
11 Jun 2018
-- Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua Jr dan Bendahari Warisan Terence Siambun dilantik sebagai ADUN dilantik.
18 Sept 2018
-- Ketua Cabang PKR Libaran Jaffari Waliam dilantik sebagai ADUN dilantik.
7 Nov 2018
-- Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri baharu Sabah mengikut perlembagaan dan oleh itu, merupakan ketua menteri yang sah.
-- Peguam Musa berkata beliau akan merayu terhadap keputusan mahkamah itu.
17 Jun 2019
-- Bendahari DAP Sabah Ronnie Loh Ee Eng mengangkat sumpah sebagai ADUN dilantik, menggantikan mendiang Datuk Stephen Wong yang meninggal dunia pada 28 Mac 2019.
28 Nov 2019
-- Mahkamah Rayuan Kota Kinabalu menolak dengan kos, rayuan Musa terhadap penolakan samannya dalam mencabar kesahihan pelantikan Mohd Shafie sebagai ketua menteri Sabah yang sah.
15 Mei 2020
-- ADUN blok kerajaan Sabah diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Mohd Shafie untuk terus menerajui pentadbiran susulan khabar angin tular di media sosial mendakwa akan berlaku perubahan kerajaan negeri pada Julai tahun ini.
11 Jun 2020
-- Mohd Shafie mengadakan perjumpaan dengan ADUN dan Ahli Parlimen Warisan dan sekutunya bagi membincangkan senario semasa politik tempatan dan pada masa sama menyatakan pendirian masing-masing untuk terus teguh bersama parti.
15 Jun 2020
-- Dua ADUN blok kerajaan Sabah daripada UPKO iaitu Datuk Limus Jury dan Datuk James Ratib mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menjadi ADUN bebas yang menyokong PN.
21 Julai 2020
-- Perbincangan politik di Sabah mengenai usaha menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Warisan semakin hangat apabila Musa dikatakan memperlolehi majoriti mudah, dengan beberapa ADUN blok kerajaan negeri didakwa meninggalkan parti.
23 Julai 2020
-- Arena politik Sabah kembali tenang apabila ADUN blok kerajaan menafikan mereka keluar parti dan memberikan sokongan kepada Musa.
29 Julai 2020
-- Musa mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu.
30 Julai 2020
-- Mohd Shafie mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020
Berikut adalah kronologi perkembangan politik Negeri Bawah Bayu yang membawa kepada pembubaran DUN itu.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.