awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpul dana sendiri, tidak wajar guna wang kerajaan - Hannah Yeoh

Isabelle Leong
Isabelle Leong
31/12/2018
13:04 MYT
Kumpul dana sendiri, tidak wajar guna wang kerajaan - Hannah Yeoh
HANNAH: Kita hendak memulakan satu sistem pentadbiran yang bersih dan memastikan sesiapa sahaja yang mendapat kontrak kerajaan adalah orang dan syarikat-syarikat yang betul-betul layak. -BERNAMA
Parti politik dinasihat menganjurkan majlis makan malam bagi mengumpul dana berasingan melibatkan aktiviti parti.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh ketika dihubungi Astro AWANI berkata wang kerajaan tidak seharusnya digunakan bagi menjayakan aktiviti parti politik masing-masing.
“Jika parti politik hendak menggunakan dana, mereka harus mengadakan majlis makan malam sendiri untuk mendapatkan dana yang berasingan untuk membuat aktiviti parti.
“Saya lihat ini adalah satu cara di mana kita boleh memastikan bahawa wang kerajaan ataupun wang rakyat tidak disalahgunakan oleh parti politik masing-masing. Ini yang kita amalkan dalam parti DAP,” kata Hannah.
Terdahulu, menerusi muat naik di laman Twitter peribadinya, Hannah tidak bersetuju dengan Naib Presiden parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Abdul Rahman yang berkata semua Ketua Bahagian Bersatu harus diberikan aktiviti yang memberi peluang supaya mereka mampu meneruskan kerja daripada segi kewangan untuk mempertahankan kedudukan Pakatan Harapan.
'Stupid' to repeat mistake made by the former government. 'Wise' to remember voters are 'smart' today. https://t.co/6o6RVexOmK
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) December 30, 2018
Hannah melihat cadangan Abdul Rashid untuk memberikan keutamaan kepada penyokong akar umbi parti adalah satu cadangan yang tidak baik serta menyifatkannya sebagai satu perkara yang bodoh.
“Kita hendak memulakan satu sistem pentadbiran yang bersih dan memastikan sesiapa sahaja yang mendapat kontrak kerajaan adalah orang dan syarikat-syarikat yang betul-betul layak untuk mendapatkan kerja tersebut.
“Kalau kita mengadakan ‘open tender’ ataupun sistem yang terbuka, ini akan memastikan duit rakyat disalurkan dengan baik kepada rakyat dan tiada lagi kontrak seperti dulu diberikan kepada penyokong parti sahaja,” katanya.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#DAP
#Hannah Yeoh
#majlis
#Naib Presiden
#Pakatan Harapan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Tan Sri Abdul Rashid Abdul Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan