awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan kawasan di Terengganu calon Abdul Hadi jadi Presiden PAS

Astro Awani
Astro Awani
25/04/2015
12:04 MYT
Lapan kawasan di Terengganu calon Abdul Hadi jadi Presiden PAS
Lapan kawasan di Terengganu calon Abdul Hadi jadi Presiden PAS - Gambar fail
Kesemua lapan PAS kawasan di Terengganu yang mengadakan mesyuarat agung kawasan masing-masing mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus kekal sebagai presiden.
Pas Marang yang bermesyuarat hari ini melengkapkan pencalonan dengan sebulat suara memilih Abdul Hadi untuk terus menerajui parti itu.
Yang di Pertua PAS Marang, Yahya Ali berkata , tiga calon dinamakan sebagai Naib Presiden PAS termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah , Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hasan al-Tantawi dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad.
"Tiga orang, naib Datuk Mohd Amar kemudian Nasarudin Tantawi, kemudian kita tambah seorang profesional, Iskandar," katanya.
Keputusan pencalonan itu dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 di Rhusila, Marang menjelang muktamar tahunan parti yang dijangka berlangsung Jun depan.
Menurutnya, lima kawasan termasuk Setiu, Kuala Nerus, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu akan bermesyuarat pada 25 April lalu menamakan Abdul Hadi sebagai presiden. Ia disusuli PAS kawasan Besut dan Hulu Terengganu yang turut menamakan Abdul Hadi walaupun kedudukannya dikatakan tergugat berikutan komplot untuk menyingkirkannya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi
#Marang
#PAS
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan