awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOT teliti wajibkan pemandu ada rekod kesalahan ikuti kursus pemanduan defensif
Jalan Pintasan Semenyih: Ini Malaysia baharu, jangan lengah laksana projek - PM
Papa Zola The Movie raih lebih empat juta penonton Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lepas ini PRK Langkawi pula' - Mukhriz bidas kenyataan biadab

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2018
15:19 MYT
'Lepas ini PRK Langkawi pula' - Mukhriz bidas kenyataan biadab
Tegas Mukhriz, soal ajal bukan di tangan manusia. -Gambar fail
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegur kenyataan seorang pemimpin yang mengatakan kononnya selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis akan berlakunya lagi PRK.
Katanya, apa yang lebih menyedihkan adalah kenyataan pemimpin itu yang menyatakan bahawa selepas ini akan berlaku PRK di Langkawi (merujuk kepada kerusi perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad).
Bagaimanapun Mukriz tidak menamakan pemimpin yang membuat kenyataan berkenaan.
"Ada wakil rakyat dari belah sana yang menyatakan bahawa kononnya akan banyak lagi PRK yang akan berlangsung.
"Kerana peluang menang itu ada dan di antara lain dia kata kawasan yang akan berlaku PRK Langkawi, ini saya ingat satu kenyataan yang tidak patut diungkap oleh mana-mana pemimpin tak kira muda atau senior," katanya dalam ceramah PRK Sungai Kandis di Taman Sri Andalas malam ini.
Tegas Mukhriz, soal ajal bukan di tangan manusia.
"Soal ajal bukan ditangan kita, silap-silap kita yang muda pergi dulu," katanya.
Memberi contoh bahawa manusia tiada kuasa untuk menentukan sesuatu perkara, Mukhriz memberi contoh ayahnya yang tiada siapa sangka akan menjadi jawataan lerdana menteri sebanyak dua kali.
"Tengok jadi perdana menteri di usia 93 tahun iaitu jadi PM dua kali.
"Ingatlah manusia merancang ALLAH jua merancang tapi rancangan ALLAH yang sebaik-baiknya," katanya.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Mukhriz Mahathir
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PM
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan