POLITIK
Letak jawatan jika mempertikai keputusan Perdana Menteri - Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID: Letak jawatan jika hilang kepercayaan atau mempertikai keputusan Perdana Menteri.
Anggota Kabinet perlu bersetuju dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam semua keputusan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, jika ada dalam kalangan anggota Kabinet yang hilang kepercayaan atau mempertikai keputusan (Perdana Menteri) apatah lagi di tempat terbuka dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka maka tentu cara yang terhormat ialah dengan melepaskan jawatan tanpa diminta.
"Saya tidak fikir perlu menunggu Perdana Menteri buat keputusan untuk melakukan pemecatan atau penyingkiran," katanya ketika diminta mengulas mengenai kata dua Perdana Menteri kepada jemaah menteri sekiranya mereka tidak menyokong beliau dalam isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Turut menafikan akan melepaskan jawatan dalam Kabinet ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Media sebelum ini melaporkan Najib memberi kata dua kepada jemaah menteri dan meminta mereka melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak menyokong beliau berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami