awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Letak kepentingan rakyat dan parti lebih daripada kepentingan peribadi," pesan Zahid

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
01/07/2018
08:39 MYT
"Letak kepentingan rakyat dan parti lebih daripada kepentingan peribadi," pesan Zahid
Presiden UMNO yang baharu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Ahli Parlimen UMNO untuk tidak meninggalkan jemaah dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat yang diwakili lebih daripada kepentingan peribadi. foto Astro AWANI
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Ahli Parlimen UMNO untuk tidak meninggalkan jemaah dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat yang diwakili lebih daripada kepentingan peribadi.
"Saya berharap sebarang keputusan ahli parlimen atau ADUN harus berlandaskan keputusan untuk melihat bahawa mereka menjadi wakil rakyat berdasarkan sokongan rakyat dan bertanding atas nama parti.
"Maka sebarang keputusan dibuat harus mengambil kira dan menjaga rakyat serta parti yang kita wakili. Saya telah meminta mandat daripada ahli parlimen supaya sebarang keputusan yang dibuat perlu dibuat secara bersama.
"Saya sudah berjanji tidak akan meninggalkan jemaah. Itu adalah tanggungjawab saya sebagai imam (ketua)," kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian selepas diminta untuk memberi respons berhubung keputusan bekas Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin untuk keluar parti.
"Saya hormati keputusannya untuk berbuat demikian," jawab Zahid ringkas.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Mas Ermieyati Samsudin
#Pemilihan UMNO
#Presiden UMNO
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan