awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liputan media dihadkan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO - Ku Nan

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2015
02:04 MYT
Liputan media dihadkan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO - Ku Nan
Perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan pada bulan hadapan akan diadakan secara tertutup dan pihak media dilarang untuk membuat liputan. - Gambar Fail
Perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan pada bulan hadapan akan diadakan secara tertutup dan liputan pihak media akan dihadkan.
Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada Malay Mail Online menurut laporannya hari ini.
Beliau dilaporkan berkata, larangan ini dikenakan kerana dalam liputan Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini, pihak media dikatakan telah memutarkan berita dan pihaknya ingin mengelakkan perkara itu daripada berulang.
Katanya, sekiranya pihak media ingin melaporkan apa yang berlaku semasa perhimpunan itu, UMNO boleh mengeluarkan kenyataan pada penghujung hari tersebut.
Sementara itu, menurut laporan The Star Online pula, Tengku Adnan berkata pihak media hanya boleh membuat liputan selepas sesuatu mesyuarat yang dijadualkan untuk ahli-ahli UMNO selesai.
"Kedua-dua Naib Presiden akan memberikan maklumat harian. Setiap hari kami akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat kami, di bilik media," katanya.
laporan itu turut berkata kad media akan diberikan kepada mereka yang berdaftar untuk membolehkan mereka menghadiri sidang media berkenaan.
Selama ini, pihak media dibenarkan membuat liputan perhimpunan itu, termasuk perdebatan dan usul yang berlangsung.
Sebelum ini, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya berkata persidangan kali ini akan tertutup kepada orang ramai dan tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiarkan.
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Agung UMNO
#Tengku Adnan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan