awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M. Kayveas mahu bertanding di Cameron Highlands

Bernama
Bernama
02/09/2017
10:08 MYT
M. Kayveas mahu bertanding di Cameron Highlands
KAYVEAS: Saya tetap akan bertanding sama ada sebagai calon Barisan Nasional atau pun calon bebas bagi kawasan itu. - Gambar fail
Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas tetap mahu bertanding kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Saya tetap akan bertanding sama ada sebagai calon Barisan Nasional (BN) atau pun calon bebas bagi kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen myPPP Melaka Ke-17 di Rumah Media Melaka, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Konvensyen itu dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan dihadiri Naib Presiden myPPP Datuk Seri M. Gandhi serta Pengerusi myPPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai.
Kayveas, yang juga penasihat Kementerian Pengangkutan, berkata beliau telah meminta ‘restu' daripada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sebelum berkhidmat kepada masyarakat di Cameron Highlands kira-kira dua tahun lepas untuk memastikan kemenangan BN.
Sebelum ini, media melaporkan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam bertegas bahawa parti itu akan bertanding bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14.
BACA: Kerusi Cameron Highlands: MyPPP sedia bincang
BACA: MyPPP sedia tukar dua kerusi atas semangat kerjasama BN - Kayveas
BACA: MyPPP intai lima kerusi pada PRU14
Dalam perkembangan lain, Kayveas membidas dakwaan sesetengah pihak bahawa kepimpinan negara 'muflis' dan 'gagal' mengurus serta mentadbir negara dalam pelbagai aspek termasuk aspek pembangunan, ekonomi dan kemudahan infrastruktur kepada rakyat.
"Jika mereka kata Malaysia negara yang gagal, maka mereka juga bertanggungjawab (atas kegagalan itu) kerana mereka merupakan pemimpin negara ini suatu masa dulu,” katanya.
Oleh itu, katanya semua pihak perlu bersatu padu untuk mewujudkan kestabilan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon Bebas
#Cameron Highlands
#kerusi Parlimen
#M Kayveas
#MIC
#MyPPP
#Najib Razak
#PRU14
#restu
#S Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan