Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) boleh berpolitik, namun perlu mematuhi ruang lingkup ditetapkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata ini bagi memastikan mahasiswa tidak bertindak keterlaluan sehingga menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka.
"Saya mengingatkan mahasiswa agar tidak bertindak keterlaluan dan jangan mudah dipergunakan oleh pihak luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Minda Emas (PuMAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Tanjung Laboh, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembabitan mahasiswa dalam perhimpunan yang dicadang diadakan pada Sabtu ini di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur anjuran kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda.
Idris berkata pihaknya tidak mahu melihat berlaku budaya 'tunjuk hero' yang dilakukan oleh mahasiswa sebelum ini kerana ia bukan budaya Malaysia.
Beliau berkata mahasiswa perlu ada sikap tanggungjawab dan memberi perhatian kepada pelajaran kerana mereka merupakan harapan kepada ibu bapa dan negara.
"Setiap tahun, kerajaan memperuntukkan wang sebanyak RM18,000 bagi seorang mahasiswa melanjutkan pengajian ke IPT. Mahasiswa hanya membayar lebih kurang RM1,000, ini bermakna kerajaan memberi subsidi sebanyak 90 peratus," katanya.
Sementara itu, Idris berkata PuMAS ditubuhkan oleh UTHM bagi melahirkan jaguh dan insan yang mempunyai minda kejayaan.
"Ia pusat yang baik kerana dikelilingi dengan suasana perkampungan serta berdekatan dengan kawasan bandar Batu Pahat," katanya.
Beliau berkata kedudukan PuMAS yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Tanjung Laboh akan menjadikan kawasan sekitarnya sebagai kegunaan latihan dan pelajaran aeronautik pada satu masa nanti.
"Saya difahamkan bahawa pihak unviersiti akan mengadakan kerjasama dengan seorang pelabur untuk memajukan bidang aeronautik di sini," katanya.
PuMAS yang dibina atas kawasan seluas enam hektar dengan kos pembinaan bernilai RM11 juta akan menjadi pusat latihan dan kegiatan luar warga UTHM.
Bernama
Thu Aug 25 2016
Mahasiswa perlu ada sikap tanggungjawab dan memberi perhatian kepada pelajaran kerana mereka merupakan harapan kepada ibu bapa dan negara. - Gambar fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
AUKU tetap akan dimansuh seperti janji manifesto - Maszlee
Maszlee berkata langkah ke arah memansuhkan AUKU sedang diambil dan akan dilaksanakan secara berperingkat, termasuklah membatalkan Seksyen 15 AUKU terlebih dahulu.
Kabinet setuju pinda AUKU - Maszlee Malik
Ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini.
Cawangan parti politik boleh ditubuh di UA selepas AUKU dipinda
Maszlee berkata pindaan itu juga selari dengan cadangan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.
PH perlu segera mansuh AUKU 1971 - Wakil pelajar
Pakatan Harapan (PH) diminta segera memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
AUKU wajar dimansuhkan, tingkat autonomi universiti - Mahasiswa UM
Aktivis mahasiswa, demokrat Universiti Malaysia berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sewajarnya dimansuhkan kerana ia berkait rapat soal urus tadbir universiti.
Mahasiswa boleh berpolitik, namun jangan sampai dipergunakan - Idris
Penuntut institusi pengajian tinggi boleh berpolitik, namun perlu mematuhi ruang lingkup ditetapkan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 2012, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.