awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahathir, Anwar dijangka adakan pertemuan petang ini

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
09/06/2020
05:04 MYT
Mahathir, Anwar dijangka adakan pertemuan petang ini
Selepas pertemuan antara Mahathir dan Anwar, kedua-dua pemimpin tersebut akan menyertai mesyuarat PH di ibu pejabat PKR. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan secara tertutup petang ini.
Dua pemimpin ini difahamkan akan memuktamadkan usaha Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan yang kini diterajui Perikatan Nasional (PN).
Sumber dalaman PH memberitahu, selepas pertemuan antara Mahathir dan Anwar, kedua-dua pemimpin tersebut juga akan menyertai mesyuarat PH di ibu pejabat PKR.
"Mahathir dan Anwar akan mengadakan pertemuan berdua terlebih dahulu sebelum keduanya menyertai mesyuarat Pakatan Harapan pukul 3 petang nanti.
"Kemungkinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan turut menyertai mesyuarat Pakatan Harapan itu nanti," kata sumber tersebut.
Spekulasi PH cuba untuk mengambil alih kerajaan yang diterajui PN bertiup kencang sejak beberapa minggu yang lalu.
Namun sehingga kini, difahamkan masih belum ada penyelesaian tentang siapa akan menjadi Perdana Menteri sekiranya PH kembali membentuk kerajaan.
Minggu lepas tersebar gambar pertemuan pemimpin Amanah, DAP dan Warisan bersama Dr Mahathir namun tidak disertai oleh mana-mana pemimpin PKR.
Ia menguatkan hujah bahawa PH gagal mencapai kata sepakat untuk memilih calon Perdana Menteri jika berjaya mengambil alih kerajaan.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Mohamad Sabu
#Mohd Shafie Apdal
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
#PKR
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan