awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahathir tidak perlu bangkitkan isu kafir - Rizal Mansor

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2018
04:20 MYT
Mahathir tidak perlu bangkitkan isu kafir - Rizal Mansor
Rizal turut menasihatkan PKR agar tidak terus tertipu dengan sandiwara Dr Mahathir. - Foto FB Rizal
Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak terus membangkitkan isu kafir mengkafir antara Pas dan UMNO.
Menurut pembantu khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor hati orang Melayu sudah cukup tersentak dengan tindakan Dr Mahathir yang bekerjasama dengan DAP.
“Buat Mahathir, tak perlulah cuba mengadu domba dalam isu kafir-mengkafir antara PAS dengan Umno kerana hati orang Melayu sudah cukup tersentak dengan tindakan anda yang sanggup bekerjasama dengan DAP.
"Kamu juga dulu ajar orang Melayu benci DAP kerana anti Melayu dan anti Islam, tetapi hari ini sanggup pula bekerjasama dengan individu yang kamu kata sebagai peliwat semata-mata untuk jadikan anak sebagai PM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rizal mengulas kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini yang menuduh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat kerana didakwa cuba memecahbelahkan undi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
Bekas perdana menteri itu turut menyindir Abdul Hadi yang didakwa bekerjasama dengan UMNO, sebuah parti yang pernah dilabel oleh pemimpin Pas sebagai “kafir”.
Dalam kenyataan itu juga Rizal menegaskan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berkata sikap PAS menolak cadangan perdana menteri sementara Pakatan Harapan (PH) mungkin kerana parti itu ingin mengekalkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kenyataan Wan Azizah itu kata Rizal hanya mengiyakan pandangan umum bahawa Datuk Seri Najib Razak merupakan pemimpin yang diakui oleh PAS dapat memperkasakan kedudukan Islam.
“Kalau bukan Najib, mungkin PAS telah tersedar tiada sesiapa mampu lakukannya setelah Mahathir atau Anwar bagaikan lembu dicucuk hidung untuk mengikuti kehendak DAP demi mendapat undi masyarakat Cina.
“Justeru, telahan Wan Azizah itu membuktikan masyarakat Islam di negara ini tiada pilihan lain selain mengangkat Najib sebagai perdana menteri jika mahu kedudukan agama Islam terus dipelihara dan martabatkan diperkasakan mengikut perkembangan semasa,” katanya lagi.
Rizal turut menasihatkan Wan Azizah agar tidak terus tertipu dengan sandiwara yang dipamerkan oleh Dr Mahathir kerana ia bakal menguburkan cita-cita Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Buat PKR terutama Wan Azizah, jangan terus tertipu dengan sandiwara Mahathir kerana jika beliau jadi perdana menteri sekali lagi, cita-cita Anwar akan berkubur menjadi angan-angan Mat Jenin,” katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Anwar Ibrahim
#Barisan Nasional
#DAP
#Islam
#kafir
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Melayu
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#PAS
#Perdana Menteri
#PKR
#politik
#PPBM
#Rizal Mansor
#UMNO
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan